Friday, September 30, 2011

Birthday prank! =D

30092011
Fasa 2, Bandar Puncak Alam

Assalamualaikum...

Hey readers!
Just nak share story earlier today.
30th of September 2011;
22nd birthday untuk Nurul'Azizah..

" Hey Ziza! HAPPY BIRTHDAY my dear!
Untung lah saya degree ni ada awak.
Susah senang sama - sama kan?
Nanti InsyaAllah kita grad sama - sama juga okayy! " =)

Well, pada mulanya aku ingat nak prank birthday girl ni. 
Nak prank her on her birthday eve, dia dah 'lari' dulu jumpa Ayah dia.
So, aku ingat nak postpone malam 30hb (today lah.)

Masalahnya, hari ini, aku tersangatlah sibuk, teramatlah occupied dengan kerja dan amanah aku di fakulti. Sampai pukul 9.00 malam baru aku dapat jejak kaki di rumah selepas seharian aku 'berkampung' di kampus. 
Kata aku dalam hati,
 'Untunglah Tuhan bagi peluang nak jalankan amanah! 
Esok lusa belum tentu hadir untuk kita kan? ' =)

So,malam tadi, aku balik rumah.
Dengan keadaan amat penat, aku sempat lagi tanya housemates, jadi tak nak kenakan birthday girl tuu.. Then diorang cakap jadi.. Aku pun excited lah..
Cuma yang aku hairan, kenapa plan nak beli birthday cake etc etc takde pun plan dengan aku?

Around 11.00 pm ++, 
aku dapat jawapan pada confusion aku.
Rupanya, diorang nak celebrate birthday aku jugakk.. 

birthday cake for me and 'Azizah! =D

SEDAP sangat cake korang belikan! =)


handmade birthday card from housemates, bracelet from 'Azizah. =)


Gila TERHARU okayy kawan - kawan!
SANGAT. DEFINITELY. TOTALLY.
Aku tak tau nak describe macam mana.
Last year, aku kena prank jugak dengan housemates tersayang aku ni..
Haish. Busy sangat, sampai tak sedar orang plan nak prank..
Myra2~ =D

To my beLOVEd housemates;
Nor Hairani, Dewi Alliana, Nur Sakinah, Nadzirah, Suraya, 'Azizah~
THANKS A BUNCH sahabat!
Seriously, betapa bernilainya PERSAHABATAN kalian untuk Myra. 
Thank you, thank you, thank you.
Syukur pada Allah, 
sebab pertemukan Myra dengan kalian dari Diploma sampailah Degree..
Gonna miss you girls bila korang grad nanti.. =')

Plus,
just nak bagitahu.
This year aku dapat DUA birthday cake.
Another one from my Abah.
* Abah TAK pernah belikan cake untuk birthday Ummi or kami adik beradik EVER. *
Tapi this year, Abah balik rumah buka puasa dengan bawa sebiji kek coklat. 

berbuka puasa + celebrate birthday with family @ pizza hut =)

choc cake dari Abah, Ummi, Mal, and Adik. =)

SAYANG Abah! =')

To Ain Azmi,
THANKS Ain sebab bagi Kak Myra hadiah yang sangat banyak..
Segala patung, chocolate, kad birthday, kad raya
Ain bagi kak Akak kan! 
Untung lah! Hehe.. =)

To my Mr. Awak,
Terima kasih Abang. 
~ SebuahTafsir Al-Quran ~
Hadiah awak tu yang paling menyentuh kalbu saya.
Tambah - tambah selepas sesi perkongsian ilmu 
saya dengan awak sebelum awak bagi hadiah tu kan. 
Memang betul - betul buat saya rasa sangat sebak.
Tak tau macam mana nak describe perasaan saya waktu itu. =')
As usual, saya cuma harap 
Allah pinjamkan kita bahagia itu untuk masa yang lebih lama.

" Menitis air mataku keharuan,
kepada sebuah pertemuan.
Kehadiranmu mendamaikan
hati yang dahulu keresahan. "
(Sebuah Pertemuan ; UNIC)

Syukur atas pertemuan seorang 'Amyra Ramlan 
dengan semua orang dalam hidup saya yang sementara ini.
Ada sebab mengapa Allah hadirkan kalian dalam hidup saya kan?
THANK YOU ALLAH!

['AmyraRamlan.Birthday.]

The TwoChumelGirls I met. =)

Assalamualaikum...


Hey bloggers, friends, readers, enemies, lovers, haters etc etc..
Aku harap life korang hari ini sangat bahagia, sangat hebat, sangat mantap.
Dari apa jua sudut, dari apa jua aspek, dalam apa jua bidang. =)
Hey, hidup ini cuma sekali. 
Jangan persiakan nikmat hidup yang Allah bagi. 

Just a brief cerita of the two budak budak chumel;
Puteri Nur Aqiliah and Syuhadatul Asyikin.
Aku je panggil diorang budak budak, sebab aku kakak diorang.
* motif tak diri sendiri mengaku? haha. *
But to be true, both of these girls amatlah MANTAP!
Aku kenal diorang, tak lah lama.
First time jumpa, time MDS Mei 2011.
Adik adik aku ni baru masuk waktu itu.
Respond diorang tentang aku time MDs itu,
' Kak Myra tersangatlah garang. Takut nak tegur. '

Ampunlah sayangss, tengoklah Biro apa Kak Myra galas.
Kalau tak garang dan tegas, tak ke mana program korang MDS dulu. =)
Well, save the rest of the story for us only.
Hanya kami berhak tahu apa jadi during those days of MDS.

After MDS, tahu - tahu je, both of the sweeties dah join SMF fakulti aku.
And the most shocking, bila aku dapat tahu, Syu in charge as Director for MPG.
Gila cuak tak cuak aku masa tu. Dah lah memang aku risaukan MPG.
Dengan kekurangan ahli SMF nak handle programs lagi.
But memang salah aku sebab tak letak trust upon them saat itu.
THEY PROVED ME WRONG.
In fact, SMF Diploma FSK memang aku akui sangat HEBAT!
They managed to handle big programs walaupun baru first sem.
MAAFkan Kak Myra ye adik adik.
And THANK YOU sebab sudi sambung perjuangan kita. =)


" Don't judge when you don't know.
Don't predict when you don't believe.
People have their own ways of life.
Just sit tight, see how they lead and live. "


['AmyraRamlan.PuteriNurAqiliah.SyuhadatulAsyikin]

Thursday, September 29, 2011

Friends : Then and Now.

Assalamualaikum... =)

I just viewed my FB profile. Scrolling up and down, usha groups yang banyak gila, click like kat status 'awak' dan kawan - kawan, update status, tengok - tengok page kawan - kawan etc etc..  Dalam masa aku tengah buat segala caca marba, plus dok mengira statistic report untuk Nutritional Assessment (yg serabut!) ni, aku tersedar satu hakikat nyata; ada seorang sahabat dah pun remove aku dari friends' list dia dengan rasmi. 

Well, have you guys and girls experienced this? Kalau pernah, mesti kalian ada persepsi, tanggapan dan pemikiran kalian sendiri kan? It's up to you, nak fikir macam mana. Sebab Allah dah amanahkan kita untuk guna segala yang Dia pinjamkan dengan sebaik - baiknya. Your head, your brain, your heart, your feelings. =)


- Dalam otak: " Sebab dia remove? " -

Dulu:
Dia menyampah kat aku kot.
Tak pun sebab dia dah tak nak kawan dengan aku.
Ataupun dia dah buang aku dari kamus hidup dia.
Dia senang je nak lupakan aku kan?

Sekarang:
Dia tak nak kehadirannya menghantui hidup aku.
Bukan tak nak kawan, cuma dia tak mampu jadi kawan.
Dia tak buang, cuma dia nak buka kamus baru.
Dia tak lupa, cuma dia perlu masa untuk dirinya.

Stated above, cumalah pemikiran aku dulu dan sekarang.
Mungkin dulu tu aku tak cukup matang lagi.
Mungkin dulu aku tak fikir guna otak, tapi guna hati.
Mungkin dulu aku rasa Allah tu sengaja nak duga aku
dalam persahabatan aku dengan orang di sekeliling aku.
Mungkin dulu aku rasa orang tu adalah segala - galanya bagi aku.
" Ish, istighfar Myra. Dah jauh sangat kau bawa hati lara kau tu ".

Tapi sekarang, aku bersyukur sebab Allah tambahkan sedikit logik akal dalam otak aku ni. Dengan izinNya, dapatlah aku fikir dengan lebih matang, dengan lebih berpendirian. Thank You, Allah. =)

Sekarang, apapun yang terjadi,
aku cuba redhakan hati aku atas ketentuanNya.
Sekarang, kalau aku rasa terkesan dengan putusnya sebuah tali persahabatan, aku pasrah. Lagipun, dalam Islam takkan pernah ada tali persaudaraan yang putus kan?
Sekarang, aku lebih banyak bersabar dalam menghadapi
hari -hari aku bersama mereka yang di sekeliling aku.
Sekarang, aku serahkan segala - galanya pada Tuhan.
Dia punya sebab atas apa jua ketentuan.
Alhamdulillah. =)

Dan walau apapun yang terjadi antara aku dan dia,
aku tetap bersyukur.
Syukur sebab Allah bagi aku sedikit ruang dan peluang
untuk aku merasa nikmat bahagia bersama seorang sahabat seperti dia.
Syukur sebab Allah beri aku detik masa
untuk belajar erti hidup bersama teman seperti dia. =)



Percayalah kawan - kawan,
tak ada apa pun dalam dunia ni milik kita.
Everything belongs to Him, our Creator.

Kalau kau rasa sayang sangat kat seseorang,
ingatlah, mungkin sayang tu cuma bahagia sementara.
Kalau kau rasa benci sangat kat seseorang,
ingatlah, mungkin benci tu cuma dugaan sementara.
Kalau kau rasa ujian dunia sangat berat,
ingatlah, mungkin ujian tu sebagai kifarah dosa.
Kalau kau rasa gelak tawa tu penawar duka,
ingatlah, mungkin kerana gelak tawa itu, orang lain berduka.
Kalau kau rasa air mata tu rugi dititiskan atas kecewa,
ingatlah, mungkin air mata itu sebagai peringatan untuk jiwa.

" Yesterday was long gone.
Today may end in seconds.
Tomorrow may never come.
Live life while you can. " =)
['AmyraRamlan.Friends.Foes.Now.Then.]

Wednesday, September 28, 2011

Sharing defines understanding. =)

Assalamualaikum...

Hey peeps!
How's your day? I'm hoping that you guys and girls are having nice day despite of all the hectic schedule, havocness of lectures, etc etc.. Tahanlah sikit, standard la uni life memang serabut kann. Haha.. Redha sudaa~ =D


As stated up there, untuk post ini aku nak share definition of sharing from my own perspective.. Kiranya dari mata hati and kaca mata aku yang tebal ni. Hehe.. But if you guys and girls are intending to find the accurate definition, carilah from Oxford dictionary ke, kamus dewan bahasa ke.. Cuz as I've said, this post is entirely defining from my own heart and mind.. =)


Sharing, atau bahasa ibundanya berkongsi.
People share WITH
their close friends, families, besties, or with anyone they feel like they want to.
People share THINGS like books, food, clothes.
They may even share EMOTIONS 
like sadness, happiness, stress, tears and laughter.


Have you ever thought, why people share those things, emotions and sometimes even their own little secret with others? Some of us may used to hearing sentences such as 'sharing is caring', right? But for me, sharing means more than just caring. Sebab kalau orang berkongsi sesuatu dengan kita semata - mata untuk rasa yang kita ni ambil berat, mungkin tak semua orang mampu buat.


Contoh yang paling senang, orang bagitau kita masalah diorang in studies. Bagi sesetengah orang, mungkin dia fikir 'Ala, dia share masalah dengan aku, aku pujuk lah sekejap ni. Lepas ni mesti dia ok. Lagipun, dia cuma nak attention je sekarang ni'. Have you ever noticed that feeling at least once, bila kawan korang jumpa and luahkan masalah dia pada korang? Aku pernah. Dan bila aku teringat balik, aku rasa sangat bersalah untuk perasaan yang satu itu. Itu kali pertama dan terakhir hati aku terdetik perasaan sebegitu.


Sebab bagi aku, orang share masalah dengan kita bukan sekadar nak kita pujuk duka dia saat itu. Tapi dia nak kita faham. That's why konsep aku 'sharing defines understanding'. Bila orang share masalah dengan aku, aku cuba untuk fahami condition and situation that person. Bukan sekadar memujuk 'Masalah kau sikit je ni, nanti kau lupa jugak...'. Tapi aku cuba memberi perspektif pemikiran bahawa orang lain faham akan permasalahan dia ketika itu. Aku dah pernah rasa, mendengar masalah orang tanpa cuba memahami. Aku dah pernah rasa orang datang berkongsi masalah dan aku cuma bagi kata - kata perangsang pada detik yang satu itu. Percayalah kawan - kawan, aku rasa aku seorang sahabat yang tak reti nak hargai perasaan orang lain waktu itu. 


Jadi bila aku sedar yang orang berkongsi cerita suka duka kehidupan dia dengan kita supaya kita menjadi sebahagian dari kehidupan itu, aku cuba untuk memahami, bukan sekadar mengambil berat. So fellas, mulai hari ini, kalau kawan - kawan korang share something dengan korang, be positive. Mereka cuma mahu anda jadi sebahagian dari hidup mereka, and they are trying to tell you how much you worth to them. They cherish you, you know. =)


Plus, kalau korang share happiness, problems or anything with people and you want them to  understand you, YOU have to understand them first! in simple sentence, kalau kau nak orang fahami kau, kau kenalah fahami orang juga! =)


Share, and understand people.
From there, you may learn even thousands more
lessons of life. =)


" Appreciate people like YOU want to be appreciated.
Life has its own KARMA. " =)


['AmyraRamlan.Share.And.Understand]

Sunday, September 25, 2011

- Kasih sayang bukan milik kita. -

Assalamualaikum...

Aku masih dalam mood perkongsian ilmu. =)
First thing first, aku bukan expert. Aku tak qualified as a motivator mahupun kaunselor. Cuma segala apa yang aku kongsi, adalah dari pengalaman diri aku, sahabat - sahabat, masyarakat umum dan mata dunia. 

This time, aku nak share something tentang kasih sayang. Korang mesti pernah ada boyfriend/girlfriend kan? Or at least korang mesti pernah ada crush. Tipulah kalau korang cakap tak ada. Setakat kalau korang minat mamat Korea, admire Shaheizy Sam, berangan mamat or minah famous kat kampus korang tu jadi kawan korang, tu kira pernah la ada rasa crush on someone. Relax babe, aku pun pernah rasa macam tu.

Next question. Pernah korang rasa frust? Boyfriend/girlfriend korang dump korang ke, diorang ada boy or girl lain ke, ataupun relationship korang yang ala - ala indah di kayangan tu tak kesampaian? Untuk sedapkan hati, merawat luka yang dalam gila kat jiwa tu, mesti korang akan cakap 'Ala, dah bukan jodoh'. Kan? Relax babe, aku pun pernah cakap macam tu.

Then. Pernah tak korang terasa ada masa - masanya, bila relationship korang dengan kawan - kawan, family, atau orang di sekeliling korang jadi macam air pasang, kadang - kadang macam air surut. Tak, aku bukan peramal pasang surut air laut. Cuma nak describe, hubungan kita dengan orang mesti ada indah dan buruknya. Relax babe, aku dulu pun selalu fikir macam tu.

Jadi sekarang, cuba korang duduk diam - diam. Tenangkan hati, lapangkan jiwa korang. Fikir dengan akal, bukan perasaan. Gali balik timbunan fakta hukum Tuhan yang korang dah tanam dalam diri korang sedari korang lahir lagi. Sedar tak, selama ni kita cakap segala - gala yang ada di langit dan di bumi adalah milik Allah. Dan sedar tak, bahawa most of the time, kita hanya cakap dengan mulut, bukan dengan hati. Memang, semua orang tau, Allah adalah pemilik segalanya. Tapi sejauh mana hati kita meyakini fakta itu? =)

Sahabat, 
kasih sayang di antara kita, ibu bapa, keluarga, kawan - kawan, kekasih hati, dan sesiapa sahaja yang bernama manusia, juga adalah kepunyaan Allah. HANYA Dia yang berhak menghadirkan dan menarik balik kasih sayang yang kita rasa bersama mereka. Setuju?

Kebiasaannya, bila kita memulakan perhubungan dengan seseorang, kita pahatkan kasih sayang itu atas nama insan itu. Padahal, yang sebenarnya patut kita lakukan adalah memahatkan kasih sayang itu atas nama Allah yang Maha Penyayang. Kawan - kawan, betapa selama ini jauh kita dari fakta yang dah lama kita ketahui. Andai kita ikhlas menyayangi, dan disayangi atas nama Allah, InsyaAllah, takkan pernah ada rasa kecewa, frust, menyesal dalam mana - mana jua perhubungan yang kita jalinkan dengan sesiapa sahaja. Kalau benar atas namaNya, insyaAllah kita akan mampu tersenyum walaupun perhubungan kita dengan seseorang terputus di tengah jalan. Jika benar atas namaNya, insyaAllah kita akan sentiasa meredhai ketentuan yang terjadi atas diri kita. 

Aku tak sempurna. Aku pernah rasa semua itu; kecewa sebab ex-boyfriend curang, sedih sebab kadang - kadang hubungan dengan teman - teman dan family tak seindah yang diharapkan, menangis sebab rasa macam kasih dan sayang aku untuk orang tak dihargai. Macam - macam lagi lah. Tapi syukur. Allah hadirkan sedikit ruang untuk aku cari balik erti sebenar sandaran kasih sayang aku yang selama ini tak pasti. 

Alhamdulillah. 
Segala puji bagi Allah. =)

" Kembalikan kasih sayang di antara kalian
dengan sebenar - benar sandaran pada Yang Esa.
Sesungguhnya, kasih sayang yang kalian rasai itu
adalah pinjaman dari Allah semata - mata. " 


p/s: segala nama adalah sebagai contoh semata-mata.
based on country's hot people. ;)
p/s: pardon the usage of 'korang'.
just trying to make it user-friendly. ;)
chill.


['AmyraRamlan.Sayang.Tuhan.dan.Anda]

Saturday, September 24, 2011

" Harapan. "

Assalamualaikum...

Hey fellas.
How's you weekend? Having great times with your family and friends?
Or struggling with notes, books and last minute past year questions exercises?
Well, whatever you do for your weekend, 
I just hope that you are having a good time.
Sebab Allah bagi peluang kita nikmati hidup yang Dia beri. =)

Just to share what I did for the last few weekends.
Hujung minggu lepas, aku ke Tanjung Harapan.
Pergi tak dirancang.
Cuma ada seseorang yang aku hargai dalam hidup ini,
dia realisasikan harapan aku untuk mencari ketenangan 
dengan definisi aku sendiri.
Terima kasih, awak. =)

Sepanjang hari minggu yang sehari itu, bersama dia, banyak jawapan yang aku dapat. Tapi tak kurang juga persoalan yang hadir dalam hati aku. Melalui perkongsian ilmu aku dan dia, Allah hadirkan aku kesedaran. Allah beri aku keinsafan. Betapa selama ini, fakta hukum alam Tuhan itu sebenarnya dah terpahat dalam sanubari manusia. Cuma aku yang alpa, hingga aku tak sedar akan hakikat sebenar kehidupan.

Betapa selama ini, aku berkata dengan lisan bahawa aku meyakini ketentuan Tuhan. Padahal, pabila dugaan menimpa, aku masih terduduk menyesali qada dan qadar Allah. Tuhan, betapa jahilnya hambaMu ini. Ampuni aku. Ampuni aku. Ampuni aku, ya Allah.

Allah dan dia menjadi saksi air mata yang menitis tanpa henti pada detik itu. Betapa sukar untuk aku mendefinisikan perasaan aku kala itu hanya dengan kata - kata. Tidak, aku tak rasa mampu untuk difahami dengan mata kasar akan makna titisan air mata saat itu.

Cuma yang aku yakin dan pasti, suatu rasa keinsafan hadir dalam hati aku pada ketika itu. Syukur aku, tangisku, redhaku hanya padaMu Tuhanku. Hadirkanlah walau hanya secebis peluang dan harapan untuk aku sentiasa pasrah akan ketentuanMu. 

" Sesungguhnya hati manusia 
berada dalam genggaman Allah.
Maka haruslah kamu sentiasa berdoa
agar Dia izinkan hati kamu untuk
sentiasa dipenuhi redha dan kebaikan. "


['AmyraRamlan.Erti.Redha]

Thursday, September 22, 2011

Gathering with Love.

21092011
Gathering.
Taman Emas, Dengkil.

Assalamualaikum...
Second week of third semester, aku dah mula rasa agak penat.
Hectic, havoc, semuanya ada.
Sabar, Myra. Istighfar banyak-banyak.
Haish. =)

Dapat SMS from Kak Nuri earlier,
tanya nak join gathering di rumah
ex-AR FSK a.k.a Encik Khair or tak.
Disebabkan dah sangat lama tak gather ramai-ramai,
aku pun agree to join.

We went by three cars, at three different times.
Kesian Encik Khair, kena layan timing lain-lain. Thee..
Jangan menyesal jemput kami ye tuan rumah! =)




Kak Emot, Kak Izza, Naim, Jibam, En. Khair, Abg Shuk, Bad, Me, Kak Nuri

But whatever it is, I was really glad.
Gathering kali ini bukan sekadar gathering yang kami boleh buat hari-hari.
Encik Khair dah sambung belajar, furthering his Master.
Kakak Izza dah habis study, sedang di alam pekerjaan.
Kakak Nuri and Kakak Emah dah final year, sibuknya tahap tak setaraf dah.
Abang Shukri, orang hebat yang memang sentiasa ada kerja.
Bad and Jibam pun sibuk dengan urusan masing-masing.
Naim pun dah nak habis study, kalau further degree dapatlah jumpa.
Shakirah pulak lain fakulti, mungkin sukar nak jumpa nanti.
Aku sendiri tak pasti bila lagi boleh dapat kumpul sebegini.

Thanks kalian.
Tak tau kenapa malam ini terasa sebak. =')

" For all you know,
they might never say how much they care.
But be sure that deep inside,
you will always be in their prayers. "

['AmyraRamlan.Gathering.Love]

Friday, September 16, 2011

'Tautan Kasih NADA 2011'

15092011
'Tautan Kasih NADA 2011'
UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum...

As stated, 'Tautan Kasih NADA 2011'.
A long-journey-planned program untuk meraikan juniors baru NADA.
Banyak sangat problems dan kekangan yang AJK program ni hadapi.
Kesian jugak aku rasa, sebab aku yang bagi program ini untuk diorang kendalikan.
Maafkan Kak Myra ye sayangs. =')

But enough saying, Alhamdulillah.
Sebab program ini tetap berjalan pada hari dan masa yang ditetapkan.
Banyak isu-isu yang AJK kena hadapi, but they managed well.
Syukur.
Senang hati aku nak turun dari NADA nanti. =)


First Cohort. (July 2008)

Second Cohort. (July 2009)

Third Cohort. (July 2010)

Fourth Cohort. (September 2011)

 
To Pengarah Program; Saudari Hani Hamima.
Thanks sebab sudi menjadi Pengarah untuk program ini.
To Saudari Aisyah Roslan; Biro Program.
Thanks sebab tak berhenti inform Kak Myra tentang updates
perjalanan program sepanjang cuti semester hari tu.
To all classmates, AJKs, tukang jaga checkpoint.
Banyka-banyak terima kasih, sebab kalian sudi contribute
masa, buah fikiran, tenaga dan segala apa jua.
To juniors and seniors.
Thank you sebab sudi hadirkan diri untuk join program
fully organized by the third cohort.
To lecturers and staff.
Thanks sebab datang juga program,
walaupun ada Jamuan Raya di FSK.

All in,
seorang 'Amyra Ramlan
is saying THANK YOU from her heart. TRULY. =)



" As we go on, we remember.
All the times we had together.
I know I will be missing you later.
For now, later, and ever after. " =')

['AmyraRamlan.TimbalanPresiden.NADA]

Wednesday, September 14, 2011

PECIPTA 2011

13092011
Persidangan dan Ekspo Ciptaan Institusi Pengajian Tinggi Antarabangsa
(PECIPTA 2011)
Kuala Lumpur Convention Center

Assalamualaikum...
Yesterday, dapat mandat from Dr. Azmir.
"Myra, class saya hari ini cancel. Tapi awak datang office,
jumpa dengan Encik Nazrul Hadi."

So Aku pun ke Tingkat 13, jumpa Encik Hadi.
Rupa-rupanya, Encik Hadi requested 25 participants from my class
untuk jadi guest for Opening Ceremony of 'PECIPTA 2011'.





I was mesmerized, stunned dengan all the Exhibitors.
Junior Inventors; adik-adik sekolah menengah yang sangat BRILLIANT!
Tak sia-sia belajar tinggi-tinggi, otak pun pandai-pandai.. ;)

housemates! =)


The best part is, housemates aku pun join skali.
Had a crazy, informative moments with classmates and housemates during the program. =)

" Thank YOU Allah.
For the knowledge.
Thank YOU Allah.
For the brain.
Thank YOU Allah.
For the time spent. " =)

['AmyraRamlan.PECIPTA2011.]

Sunday, September 11, 2011

MDS September 2011, UiTM Puncak Alam

06092011 - 10092011
MDS September 2011
UiTM Kampus Puncak Alam

Assalamualaikum...

MDS. The one and only event of UiTM yang dah berkali-kali aku join.
Nak buat macam mana, 'UiTM Sentiasa Di Hatiku' lah katakan. =)
As usual, takkan ada biro lain yang sentiasa bertakhta di hati aku,
selain Biro Sahsiah, Disiplin dan Keselamatan (SDK).
Harap maaflah,
dah melekat badi SDK dalam sanubari. Haha. ;D

After Eid Celebration, ini first event yang aku join.
Waktu cuti 4 months yang paaaanjaaanngg sangat tu,
aku dah dapat call to confirm my participation as Pemimpin Mahasiswa (PM).
Sah-sah aku said YES. ^_^

aqhbar, me, kak ngah jie, ijam, aini =)

Pemimpin Mahasiswa =)

SDK: aqhbar, fizul, hafifi, myra =)

PM di Puncak Alam kali ini tak ramai mana pun.
Reminds me a lot of the good old days ketika bersama sahabat-sahabat
MDS Disember 2010.
Back then there were 20+ of us.
But for this September intake, there were only 20 of us.
Students intake around 500.
Kira ok lah kan. Tak ramai sangat, tak kurang sangat.

di DATC. =)



Teaming up with Aqhbar (Pengerusi), Hafifi (ol' partner), and Fizul.
Aku merangkap Timbalan Pengerusi.
Seronok sangat kerja dengan mereka bertiga ni.
Eventhough on the first day of MDS itself, Fifi was down with food poisoning.
Second day, Fizul and Aqhbar pulak down with fever.
Third day, the three guys took position, sebab aku pulak down.
Kira chantek sangat lah kann planning kitorang bekerja.. =P







Adleen; Penghuluwati MDS. =)

NADArians; Aisyah, 'Amyra, NurAmyra =)

First time my housemate a.k.a ex-coursemate a.k.a Nadzirah to join MDS.
Seronok dia ada, sebab dia memang dah lama nak join. Glad. =)
Second MDS with Cik Aisyah Roslan, my classmate of NAD.
Memang havoc ada Biro Program seperti saudari Aisyah ni. =D

Had a damn GOOD time with them.
Aku terasa semakin menghargai kehidupan yang Dia berikan.
Yelah, mana nak dapat kawan-kawan macam diorang ni.
Syukur ya Allah. =')

" MDS.
Minggu Destini Siswa.
Mari Dekat Sentiasa.
Masih Dalam Sanubari. " =)

['AmyraRamlan.SDK.UiTM]