Tuesday, February 15, 2011

Salam Perjuangan!

Hari ini.
Aku mengambil semangat perjuangan Rasulullah.
Sempena Maulidur Rasul 1432H.. =)

So here what I wrote on my FB profile:
" Tak perlu berlagak atau menunjuk.
Andai perjuangan bukan datang dari
hati yang ikhlas, jiwa yang mantap dan minda yang terbuka.
Hayatilah perjuangan Rasulullah.
Biar maksud dan matlamatnya sampai ke hati-hati tiap insan.
Biar perjuangan itu membawa kemenangan pada Ummah. "

In terms of 'PERJUANGAN', bukan semua orang boleh faham.
Lain orang, lain jalan mereka dalam erti perjuangan.
Bukan misi dan visi semua orang sama.
But I do think that kita boleh ambil semangat perjuangan Rasulullah.
Beliau adalah pejuang Islam yang tak pernah kenal erti jemu dan putus asa.
Maka memang selayak-layak insan untuk menjadi kesayangan Allah Yang Esa,
adalah beliau. =)
Bagi aku, perjuangan bukan sekadar bertitik fokus pada perkara yang besar.
Sekecil-kecil membawa diri ke arah yang lebih baik; itu juga adalah perjuangan.
Tambah-tambah, sekarang ni dunia dah makin banyak dugaan dan cabaran.
Aku tak kata diri aku baik sangat.
Aku tetap manusia biasa, yang banyak kekurangan dan kelemahan.
Masih banyak yang perlu aku perbaiki dalam diri dan hati aku. =)

Untuk insan yang bernama 'Amyra Ramlan ini,
aku ada jalan perjuangan aku sendiri.
" I am running along the path, where not everyone can understand.
On the route which I have to slow down a lil' bit, I walk.
When it comes to the straight road, I sprint.
If I ever meet with the dead end, I turn back and try to find the right turn.
But if there's more than one turn, I'll choose the least walked by.
When it gets dark, I sit tight and wait for the sun to rise.
Once the sun shine, I pack up my gear,and continues my journey. "

Jadikan kisah dan ceritera Baginda Rasulullah sebagai pemangkin semangat.
Jadikan titik ukur dugaan kita, dengan dugaan beliau yang jauh lebih hebat dari kita.
Beliau tidak pernah mengalah, jadi mengapa perlu kita kalah?
" Salam Maulidur Rasul 1432H! "
Out!~
['AmyraRamlan.&.Perjuangan]

No comments:

Post a Comment