Kampus UiTM makin bertambah..
Maknanya, pelajar-pelajar juga makin bertambah bilangannya..
Masalah dan aduan juga seiring perjalanannya dengan dua perkara di atas..
Pihak yang bertanggungjawab sedaya-upaya untuk menyelesaikan apa jua masalah yang setiap mahasiswa dan mahasiswi UiTM hadapi..
Saya tabik dan 'salute' mereka yang tidak pernah jemu untuk melakukan apa jua yang terdaya bagi mengharmonikan UiTM..
Bukan tidak setuju..Memang bagi saya amat bagus sekiranya bilangan pelajar UiTM semakin bertambah, kerana ini juga membawa maksud bahawa akan lahir lagi ramai graduan Bumiputera Melayu..Bukan saya ingin timbulkan isu perkauman di sini..Tidak..Tiada niat sebegitu di hati saya..
Tapi, benarkah dengan bertambahnya bilangan pelajar UiTM, maka bilangan graduan UiTM Bumiputera Melayu berkualiti juga akan bertambah?Benarkah graduan-graduan, mahasiswa dan mahasiswi ini mempunyai kualiti yang dapat membatasi kuantiti?Saya bukanlah memihak kepada mana-mana pihak, bukan juga ingin menunding jari pada sesiapa..Cuma saya melahirkan rasa risau dan ragu di hati sebagai seorang mahasiswi UiTM..
Pelajar yang mendaftar di UiTM seperti yang saya katakan; semakin bertambah..Tidak kurang juga yang telah berjaya menamatkan pengajian..Tetapi adakah mahasiswa dan mahasiswi UiTM tahu dan sedar di mana mereka berpijak?Adakah mereka benar-benar faham hala tuju UiTM dalam melahirkan generasi berwawasan dan terbilang?
Saya teringin untuk mengetahui, apa tujuan mahasiswa dan mahasiswi ini mendaftar sebagai pelajar UiTM..
"Saya dapat tawaran UiTM saja, jadi saya masuklah.."
"Saya sebenarnya tidak suka UiTM, tapi mak dan ayah suruh masuk.."
"UiTM berat sebelah..Ada ke patut hanya Melayu saja yang boleh mendaftar?!Saya masuk pun sebab universiti lain tidak terima saya.Sebenarnya tak mahu pun!"
Ramai yang TELAH mendaftar sebagai pelajar UiTM..Tetapi pernyataan di atas yang sering saya dengar dari mereka..(Bukan semua begini)..Wahai saudara saudari sekalian, kalau dah dapat masuk tu, kenapa nak kutuk dan merendah-rendahkan universiti anda?Saya hairan...
Ketika isu UiTM ingin dibuka kepada bukan Bumiputera sedang hangat diperkatakan dan diperdebatkan tidak lama dahulu, ramai mahasiswa mahasiswi UiTM tunjuk protes..Bukan kita ingin jadi penunjuk perasaan kan..Kita cuma ingin pertahankan hak kita..Tetapi ada juga mahasiswa dan mahasiswi yang setuju UiTM dibuka..Tidak malu untuk saya nyatakan, hakikat bahawa dalam beratus ribu anak-anak/pelajar UiTM, hanya ada segelintir sahaja yang mengambil berat tentang hal ini..Saya hairan lagi..
"Wujudmu di sini di tanah anak merdeka..
Bagai obor ilmu memayungi putera-puterinya..
Pelopor hidup budaya bangsa, agama, negara..
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna.."
(UiTM Di Hatiku)
"Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setia ku untuk negara
Penuh semangat waja
Kita jangan mudah terlupa
Pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita jangan mudah terleka
Kemajuan, keamanan yang ada
Kita beterima kasih
Pada pemimpin-pemimpin negara
Kita rasa penuh bersyukur
Kerahmatan, kemuliaan dari-Nya
Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan
Untuk Negaraku.."
(Wawasan Setia Warga UiTM)
Dua buah lagu; yang sering diajarkan kepada setiap pelajar-pelajar yang mendaftar di UiTM..Dihafal, atas sebab apa?Adakah liriknya dihayati?Andai dihayati dengan perasaan kasih dan bersama jati diri yang kukuh, sedarlah bahawa bait-baitnya mampu meluluhkan hati anda..
(Saya menangis acapkali menyanyikan lagu ini..)
Saya bukan anak seni seperti A.Samad Said untuk melahirkan kata-kata pujangga, bukan juga ahli politik seperti Tun Dr Mahathir untuk membawa isu ini ke mata dunia..Saya cuma seorang pelajar, mahasiswi yang menyayangi UiTM..Ini rumah kedua saya, tempat saya pelajari makna hidup dan erti sebuah kehidupan..Saya tidak mahu rumah kedua saya ini hancur lebur, runtuh dek kelalaian kita sendiri..
Saya masih mempunyai jati diri dan perasaan cinta untuk bangsa dan negara saya..
Masihkah anda miliki semua ini?