Kampus UiTM makin bertambah..
Maknanya, pelajar-pelajar juga makin bertambah bilangannya..
Masalah dan aduan juga seiring perjalanannya dengan dua perkara di atas..
Pihak yang bertanggungjawab sedaya-upaya untuk menyelesaikan apa jua masalah yang setiap mahasiswa dan mahasiswi UiTM hadapi..
Saya tabik dan 'salute' mereka yang tidak pernah jemu untuk melakukan apa jua yang terdaya bagi mengharmonikan UiTM..
Bukan tidak setuju..Memang bagi saya amat bagus sekiranya bilangan pelajar UiTM semakin bertambah, kerana ini juga membawa maksud bahawa akan lahir lagi ramai graduan Bumiputera Melayu..Bukan saya ingin timbulkan isu perkauman di sini..Tidak..Tiada niat sebegitu di hati saya..
Tapi, benarkah dengan bertambahnya bilangan pelajar UiTM, maka bilangan graduan UiTM Bumiputera Melayu berkualiti juga akan bertambah?Benarkah graduan-graduan, mahasiswa dan mahasiswi ini mempunyai kualiti yang dapat membatasi kuantiti?Saya bukanlah memihak kepada mana-mana pihak, bukan juga ingin menunding jari pada sesiapa..Cuma saya melahirkan rasa risau dan ragu di hati sebagai seorang mahasiswi UiTM..
Pelajar yang mendaftar di UiTM seperti yang saya katakan; semakin bertambah..Tidak kurang juga yang telah berjaya menamatkan pengajian..Tetapi adakah mahasiswa dan mahasiswi UiTM tahu dan sedar di mana mereka berpijak?Adakah mereka benar-benar faham hala tuju UiTM dalam melahirkan generasi berwawasan dan terbilang?
Saya teringin untuk mengetahui, apa tujuan mahasiswa dan mahasiswi ini mendaftar sebagai pelajar UiTM..
"Saya dapat tawaran UiTM saja, jadi saya masuklah.."
"Saya sebenarnya tidak suka UiTM, tapi mak dan ayah suruh masuk.."
"UiTM berat sebelah..Ada ke patut hanya Melayu saja yang boleh mendaftar?!Saya masuk pun sebab universiti lain tidak terima saya.Sebenarnya tak mahu pun!"
Ramai yang TELAH mendaftar sebagai pelajar UiTM..Tetapi pernyataan di atas yang sering saya dengar dari mereka..(Bukan semua begini)..Wahai saudara saudari sekalian, kalau dah dapat masuk tu, kenapa nak kutuk dan merendah-rendahkan universiti anda?Saya hairan...
Ketika isu UiTM ingin dibuka kepada bukan Bumiputera sedang hangat diperkatakan dan diperdebatkan tidak lama dahulu, ramai mahasiswa mahasiswi UiTM tunjuk protes..Bukan kita ingin jadi penunjuk perasaan kan..Kita cuma ingin pertahankan hak kita..Tetapi ada juga mahasiswa dan mahasiswi yang setuju UiTM dibuka..Tidak malu untuk saya nyatakan, hakikat bahawa dalam beratus ribu anak-anak/pelajar UiTM, hanya ada segelintir sahaja yang mengambil berat tentang hal ini..Saya hairan lagi..
"Wujudmu di sini di tanah anak merdeka..
Bagai obor ilmu memayungi putera-puterinya..
Pelopor hidup budaya bangsa, agama, negara..
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna.."
(UiTM Di Hatiku)
"Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setia ku untuk negara
Penuh semangat waja
Kita jangan mudah terlupa
Pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita jangan mudah terleka
Kemajuan, keamanan yang ada
Kita beterima kasih
Pada pemimpin-pemimpin negara
Kita rasa penuh bersyukur
Kerahmatan, kemuliaan dari-Nya
Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan
Untuk Negaraku.."
(Wawasan Setia Warga UiTM)
Dua buah lagu; yang sering diajarkan kepada setiap pelajar-pelajar yang mendaftar di UiTM..Dihafal, atas sebab apa?Adakah liriknya dihayati?Andai dihayati dengan perasaan kasih dan bersama jati diri yang kukuh, sedarlah bahawa bait-baitnya mampu meluluhkan hati anda..
(Saya menangis acapkali menyanyikan lagu ini..)
Saya bukan anak seni seperti A.Samad Said untuk melahirkan kata-kata pujangga, bukan juga ahli politik seperti Tun Dr Mahathir untuk membawa isu ini ke mata dunia..Saya cuma seorang pelajar, mahasiswi yang menyayangi UiTM..Ini rumah kedua saya, tempat saya pelajari makna hidup dan erti sebuah kehidupan..Saya tidak mahu rumah kedua saya ini hancur lebur, runtuh dek kelalaian kita sendiri..
Saya masih mempunyai jati diri dan perasaan cinta untuk bangsa dan negara saya..
Masihkah anda miliki semua ini?
Friday, July 17, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
btul tu kak..
ReplyDeleteadik stuju sesangat...
nk buat mcm mane..
pemikiran dorg masih sempit...
xpkir jauh...
dorg xtau..
yg uitm ni antara benteng terakhir pusaka org melayu...
langsung tidak menghargai dgn apa yg Allah kurniakan kpada kita...
susah dapat mereka yg tidak pernah mengenang perjuangan para pejuang bangsa Melayu...
jadi tidak salah sekiranya org melayu kita dikatakan ME'layu'...
sedihkan bila kita sendiri mendengarnya...
renung2knla....
betul dik..akak mmg sgt sedih..kita bkn x boleh, mmg boleh nk bangunkan balik..tp kena ada kerjasama..wonder pets pun pndai bab kerjasama.. ;)
ReplyDeletesusah generasi kita akn datang klau kita trus mcm ni..=)
misteri UiTM
ReplyDeletelepas beberapa lama belajar dekat uitm ni saya dapat lihat beberapa perkara yang saya anggap 'misteri' dekat uitm ni. nak tau ape yang misteri tu, ok jom tengok
1. pertambahan pengambilan student lebih rapid berbanding penambahbaikkan dari segi fasiliti..
2. masalah pengangkutan awam menjadi perkara wajib tak diselesaikan, kenapa ye? mungkin untuk pastikan pihak berkenaan sentiasa ada kerja nak dibuat kot. kalau da selesai kang ada orang kena buang kerja (sebab da tak diperlukan)
3. misteri ketiga, uitm sibuk sangat nak jadi universiti taraf dunia, tapi student dengn staff endah tak endah. Macam world class universiti tu cume agenda pihak tertentu untuk dapat sumting..ehem
4. misteri keempat, uitm adalah antara U yang menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa pengantar, tapi jarang pulak dengar product uitm fluent in english. Fluent in Malay selalu r dengar. kenapa ea student ni tak mampu nak jadi fluent in english?
5. takla misteri sngt, tapi saje nak letak..student uitm ramai yang nak masuk uitm sbab uitm guna bhasa inggeris, and bnyak industrial company nak amik product of uitm sebab percaya student uitm is good in english and they believe uitm's credibility. but the realiti is, budak2 uitm banyk je yang tak le converse in english. but yet, budak yang tak le cakap in nglish ni still insist yang dia bagus..misteri tak he he
6. misteri yng ni paling misteri kot ho ho. Semua pemimpin pelajar dekat uitm think that mereka bwat program yg kononnye gempak2 semata2 untuk student, but at the end, takde pun participation.hmm..as if bwat program juz to show that uitm is active in organizing a progam and at end of the year uitm have sumting (or many thing) in its year end report. (publisiti..huh )
7. uitm ni bukan je terdapat pelajar2 cemerlang semasa disekolah, malah pelajar2 yang langsung tak cemerlang pun ada jugak yang dapat masuk uitm. punye la pemurah (ke murahan?) uitm ni.
8. misteri setrusnye? (biarla rahsia buat masa ni ho ho)
Sila komen dan beri pandangan ... kami diUiTM meghargai sebarang komen dari mana-mana pihak yang mampu menberi pandangan konstruktif.
ReplyDeleteSemoga cadangan anda akan dapat menambahbaik sistem di UiTM. Kalau boleh sertakan cadangan penambahbaikan dan pencegahan yang difikirkan sesuai dilaksanakan.
Terima kasih
Doakan semoga usaha kami untuk mengunggulkan UiTM sentiasa dipermudah dan diberkati
Salam semua,
ReplyDeleteTak dpt disangkal lagi, masyarakat di luar sentiasa memandang serong status UiTM sebagai satu universiti. Mereka menganggap UiTM sebagai universiti murahan..dan mengeluarkan graduan low-class dalam kuantiti yang banyak..saya rasa sudah tiba masa pihak UiTM cuba membuktikan perkara yang sebaliknya....tingkatkan kualiti dalam pengambilan pelajar dan mutu pengajaran di uitm...btw, saya bukan graduan uitm..tp saya rasa terpanggil untuk membuktikan melayu juga boleh berjaya...kepada bakal graduan uitm, andalah yang menentukan kecemerlangan alma-mater anda...
thanks for the comments!
ReplyDeletei always remind myself,
kita bukan sesiapa untuk mengata tentang org lain.
cuma kita boleh bersuara,
agar masa depan lebih terjaga. =)