Bersabarlah dalam dugaan tak sudah.
Beristiqamahlah dalam perjuangan, jangan kalah.
Redhailah ketentuan dalam resah dan gundah.
Senyumlah walau terluka dan parah.
Kerana tak semua hati mampu kau jaga.
Kerana lumrah hidup, hentiannya merata - rata.
Kerana diri kau tetap ada batasan tenaga.
Kerana sesungguhnya, hidup matimu untuk Dia.
Syukurlah masih kau rasa sakit dan lelah.
Moga sedikit dosamu terhapus sudah.
Syukurlah masih ada pihak menduga hati.
Moga kesabaran dirimu terdidik tak henti.
Syukurlah masih kau rasa sayang dan cinta.
Moga dirimu kenal siapa selayaknya saudara.
Syukurlah masih kau rasa kasih Illahi.
Moga redhaNya sentiasa menemani.
" Tuhan tak duga kalau kita tak sedia.
Tuhan duga supaya iman kita naik grafnya.
Asalkan hati pasrah dan berserah dengan redha.
InsyaAllah, kasihNya membawa ke syurga. "
* created and written
by 'Amyra Ramlan on 20102011.
in memories of what happened on 29112011.
feels like it's suitable for current condition.
Tuhan sayang kita. InsyaAllah.*
['AmyraRamlan.Peringatan1433H]
No comments:
Post a Comment