2011.
Saya tutup bukunya dengan kalimah Alhamdulillah.
Syukur atas peluang setahun itu berjuang di bumi Allah.
Saya tutup bukunya dengan linangan air mata.
Tertunduk mengenang khilaf diri dan jiwa.
2012.
Saya buka bukunya dengan kalimah Bismillah.
Berdoa penuh harap, agar diberkati Allah.
Saya buka bukunya dengan mengesat linangan air mata.
Mencari kekuatan untuk terus berjalan di bumi kian tua.
“ Terimalah semua yang telah Allah berikan kepadamu
dan jadilah kamu termasuk orang – orang yang bersyukur. “
(Al – A’raaf : 144)
Untuk apa merungut, kalau balasannya cuma bunyi desir angin yang berlalu.
Untung apa sumpah seranah, kalau balasannya cuma graf pahala yang jatuh laju.
Istighfar, tak ada gunanya sesalan. Terima sahaja segala ketentuan.
Dia tak pernah salah. Kerana itu namaNya Allah. ^^
“ Dan janganlah kamu (merasa) lemah dan jangan (pula) bersedih hati,
sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang yang beriman. “
(Ali – Imran : 139)
Saya tahu, ada yang akan kata, ‘Lumrah manusia kalau bersedih hati, merasa lemah jiwanya’.
Saya tak kata salah. Saya juga manusia. Saya juga sentiasa merasa begitu.
Tapi disebalik rasa itu, pernahkah kita terfikir, mengapa ya?
Mengapa kita merasa bersedih hati? Mengapa kita merasa lemah?
Senang jawapannya. Sebab iman kita belum cukup sampai ke puncak. =)
Tak salah untuk menangis, berlinangan air mata.
Tak salah untuk terduduk, atas rasa lemah dalam jiwa.
Tapi bukan untuk selamanya air mata itu ada.
Bukan selamanya Dia benarkan kita untuk duduk diam tanpa berbuat apa.
Mari kawan – kawan. Kita cari kembali semangat yang pudar.
Mari sahabat – sahabat. Cinta Illahi itu perlu kita kejar.
Dunia tak kenal usia. Tua tak kenal manusia.
Bukan selamanya masa itu pinjaman buat diri hamba. ^_^V
Salam perjuangan 2012,
[‘AmyraRamlan.]
No comments:
Post a Comment