Friday, October 21, 2011

Farewell.

16102011
Goodbye, farewell.
Mohd Ashraf Mohd Yusof.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang Dikau janjikan nikmat
Untuk hambaMu
Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati
(KauSahabatKauTeman)


Assalamualaikum.

To bloggers, readers, friends and family.
If you are reading this,
tolong sedekahkan Al - Fatihah
buat seorang sahabat baik aku
yang telah pulang ke rahmatullah
pada 16 Oktober 2011 yang lepas.

raya 2010 di rumah arwah. =')

pertemuan kami yang terakhir kali.


To Acap Wangi,
~I know, kau takkan baca blog aku lagi.
Aku tahu, kau takkan datang bila aku perlukan kau.
Aku tahu, aku takkan dengar lagi dah gelak tawa kau.
Aku tahu, aku takkan dapat cari kau lagi saat aku perlu nasihat kau.

Tapi tak apa.
As long as, sekarang aku tahu kau tak derita dah.
Aku tahu, kau pernah cakap yang kau dah ready nak 'pergi'
sebab kau dah terlalu tak tahan tanggung sakit.
Aku tak rasa apa yang kau rasa, Acap.
Aku takkan pernah faham.

Acap.
Tulus hati seorang 'Amyra Ramlan,
yang dulu kau panggil Myra Bucuk.
Aku nak minta maaf pada kau.
Sebab aku tak dapat sentiasa ada di sisi kau
waktu kau sedang bertarung dengan sakit kau.
Maafkan khilaf seorang sahabat, Acap.

Acap.
Aku nak cakap terima kasih.
Kalau mampu setinggi gunung,
kalau mampu sedalam lautan,
kalau mampu sejauh semesta,
sebegitulah ucapan terima kasih
yang aku nak smpaikan pada kau.
Kau dah terlalu banyak tolong aku.
Kau dah banyak bagi nasihat pada aku.

Pernah aku rasa putus asa,
kau marah aku.
Kau cakap aku tak selemah itu.
Pernah aku rasa sakit,
kau bagi semangat.
Kau cakap aku mampu hadapi dugaan Tuhan.

Thanks Acap.
Kau sahabat yang baik.
Sahabat yang memahami.
Pemimpin yang amanah.

Dan untuk selamanya Acap,
kau tetap akan ada dalam ingatan dan doa
seorang 'Amyra Ramlan.
InsyaAllah. ~

16102011

hikmah pertemuan dalam perpisahan.


" Ya Allah,
syukur ini aku panjatkan untukMu.
Terima kasih Tuhan,
sebab telah Kau hadirkan dia dalam hidup kami
walau untuk sementara.
Terima kasih ya Allah,
sebab telah Kau pinjamkan
kebahagiaan nilai sebuah persahabatan
dalam hati - hati kami. "

~ Pemergian arwah seolah - olah
penyambung silaturrahim antara kami.
Sejak sekian lama kami nak berkumpul
selepas kali terakhir kami bekerja bersama,
takdir Tuhan menentukan bahawa
kami dapat peluang pertemuan itu
pada hari arwah meninggalkan kami. ~

- Ini permulaan kehidupan baru bagi yang pergi.
Ini peringatan kekal buat yang masih di bumi. -

['AmyraRamlan.Farewell.AshrafYusof]

No comments:

Post a Comment