Minggu
Destini Siswa (MDS)
UiTM
Puncak Alam & Puncak Perdana
Assalamualaikum!~
=)
Nak tahu
satu rahsia? Personally, aku rasa adik beradik PM kali ni adalah antara yang
terbaik. Serius, aku tak tipu. Family PM yang sebelum-sebelum ni pun
mantap-mantap, tapi kali ni auranya aku terasa lain macam sikit. Mungkin sebab
hasil gabungan PM dari 3 kampus, and family ni kecik je. 20+ je PM untuk MDS
Mac ni. Al-maklumlah, students pun dalam 200+ sahaja. But what the heck, we had
fun. Yang paling penting, ukhuwah yang terbina antara kami sangat erat.
Tanyalah adik beradik lain yang bertugas di Puncak, mereka akan akui perasaan
yang sama. =’) *terharu dapat family seumpama ini!*
credit to abg shuk =) |
Tabik hormat + salam kemaafan + terima kasih!
Buat barisan MPP yang bertugas di
Puncak.
Musaadah, Hajar, Arsy, Adam, Hanisah, Ayu, Afiq.
Tak lupa juga Ekhsan yang sudi memeriahkan Puncak. =)
Buat adik beradik PM Puncak,
Cik S/U a.k.a Wani.
Yang setia menanti blik gerakan, yang sudi membebel suruh kami rehat
acapkali melangkah ke bilik keramat itu. ;)
Biro Sahsiah, Disiplin, Keselamatan & Pengangkutan (SDKP);
Angah, Ieman.
*Biro kesayangan sampai bila-bila!*
Yang sentiasa jadi bodyguard tegar, yang sentiasa back up saya, yang
sentiasa meng’gila’kan kami bila masa dah rasa macam stres sangat. =)
Biro Program & Protokol; Atikah, Jimy, Ezat.
Yang bersengkang mata tak tidur semata-mata nak pastikan kelancaran
program, yang amatlah disayangi adik adik sebab muka kalianlah penyeri selepas
adik adik stres dek penangan biro SDKP. =P
Biro Pendaftaran & Penempatan; Ruby, Reen, Ayuni.
Yang gigih sumbat info rasmi pendaftaran dalam kepala-kepala kami,
yang pastikan kami punya bilik dan katil sepanjang MDS.
*walaupun hakikatnya katil tu tak guna sangat pun kan?* ;)
Biro Perubatan & Kebajikan; Dr. Iman, Dr. Yen.
Yang tak jemu layan kerenah adik adik, yang sentiasa kena kejar jugak
dengan PM sebab mintak ubat. =)
Biro Makanan; Chef Shukri, Chef Yana.
Yang sentiasa paksa jugak kami makan walau sesuap agar kami punyai
tenaga untuk bekerja, yang sanggup ke sana sini hantar bekalan makanan buat
adik adik dan PM. =)
Biro Logistik, Teknikal & Multimedia(LoTeM); Wan, Sam,
Helmi.
Yang tak jemu snap gambar and record video, (sampai berpuluh Gigabytes
kami nak simpan ni hah!), yang berusaha bangun awal nak set up teknikal bagai.
;)
Biro Sukan & Kerohanian; Ustaz+Coach Shah, Ustazah+Coach
MiraSaf.
Yang pastikan kewajipan kami pada Yang Satu tetap tertunai dalam
kesibukan, yang mencuba agar adik adik tetap ada riadah walaupun dalam dewan
siap ber’aircond’. ;)
Biro Tugas-Tugas Khas (TTK); Ipin, Azwa, Zatie, Erin.
Yang sudi angkat barang-barang yang bertimbun dan berkotak-kotak, yang
sedia untuk back up kami bila-bila masa yang kami perlukan.
Buat adik-adik pelajar baru, mahasiswa mahasiswi harapan
bangsa.
Maaf pada kalian, ikhlas dari seorang ‘Amyra Ramlan.
Harap dipadam segala api benci kalian pada saya, sesungguhnya saya
hanya menjalankan tugas.
Terima kasih, kerana sudi menjadi penyambung warisan.
Hargai, hayatilah perjuangan anak bangsa! =)
Sungguh, tak akan saya ganti kalian walau dengan apa sekalipun.
Ukhuwah yang kita bina ini amat bernilai buat saya.
Selamanya. InsyaAllah. =’)
Uhibbukifillah! <3
Salam sayang;
‘AmyraRamlan~
No comments:
Post a Comment