Wednesday, December 21, 2011

Cinta itu Dia yang beri. =)

21122011
~ Syukur.DIA masih beri CINTA. Dia masih kekal SETIA. ~

Berkata – kata tentang rasa cinta. Mungkin cerita di bawah ini tidak memberi apa – apa manfaat. Aku khabarkan siap – siap, sebab panjang karangan aku kali ini. Jadi kalau rasa tak sanggup untuk baca, tak mengapa. Andai cerita ini membawa manfaat, syukur. Dan jika anda dapat mentafsir maksud tersurat dan tersirat di sebalik cerita ini, berterima kasihlah kepada akal dan fikiran anda sendiri. =)

~~ Aku tak sempurna. Saban hari aku berdoa, agar Allah kurniakan aku cinta yang dapat bimbing aku menuju jalanNya. Moga aku juga mendapat tempias rahmat hambaNya yang sentiasa mencari redha Illahi. Cumanya, aku ini masih lagi bertatih. Tiap kali langkah aku buka, tiap kali itu juga acapkali aku terjatuh; rebah mencium bumi. Jadi aku mahu cinta yang fahami aku, ya Allah. Aku mahu cinta yang nampak usaha aku yang perlu masa, yang belum mampu lagi untuk berlari di jalanMu. Hadirkanlah padaku insan yang dapat membimbing aku dengan kefahaman aku, bukan dengan taksubnya dia untuk mengubah aku.

Satu tika, telah Dia makbulkan doa yang aku panjatkan untukNya. Dia hadirkan aku seorang insan yang baik budi pekertinya, yang santun bicaranya, yang senang aku mendampinginya. Orangnya tidaklah taksub untuk menarik dan memaksa aku menuju jalan keredhaan. Tapi dia ambil masa untuk kenali aku. Dia cuba kenali cara hidupku, kenali sifat – sifat diriku. Kebetulan, Tuhan buka mata hati aku untuk dia pada ketika dia juga sedang dalam perjalanannya sendiri, mengejar dan mencari kasih Illahi. Dan dengan perlahan, dia kongsi ilmu yang dia ada bersama aku. Sedikit demi sedikit, dia fahamkan aku tentang indahnya cinta Allah pada hambaNya yang taat setia. Dia tak pernah memaksa. Dia pujuk jiwa degil aku dengan ayat – ayat kalam Allah. Dia tegur aku dengan sunnah- sunnah Rasulullah.

Syukur, Alhamdulillah. Tuhan dengar doaku. Tuhan makbulkan doaku yang satu itu. Tapi terkadang, terdetik di hati kecilku. ‘Insan ini terlalu baik buat diriku. Insan ini tidak sepatutnya menjadi pembimbing aku. Tidak layak diriku yang hina ini untuk mendampingi dia. Terlalu jauh beza antara aku dan dia! ‘

Tiap kali apabila perasaan itu tiba, segera aku beristighfar. Aku muhasabah diri. Aku bermonolog sendiri. ‘ Bukankah dahulu kau berdoa agar kau dikurniakan seorang insan yang dapat membimbing kau? Bukankah dahulu kau yang minta agar Tuhan hadirkan insan yang dapat memahami kau? Bukankah dahulu kau yang pohon Dia temukan kau dengan insan yang juga sama arah tuju hidupnya dengan kau? Bukankah itu semua doa yang saban hari, siang dan malam kau panjatkan untuk Illahi?’

‘Jadi apa yang tidak kena dengan dirimu wahai manusia? Apa lagi yang membuat kau rasa tidak puas hati? Dah Tuhan makbulkan doa kau, dah Tuhan hadirkan insan seperti doa itu di sisimu, telah Tuhan berikan padamu seorang insan yang boleh menjadi peringatan buat dirimu acapkali kau tersasar dari jalanNya. Telah Tuhan buka pintu hatimu untuk dia, walau untuk setelah sekian lama. Telah Tuhan buka pintu hatinya untuk berada disampingmu. Jadi nyatakan wahai hati, apa lagi yang tidak kena pada jiwamu? ‘ ~~

Setiap doa yang kita panjatkan pada Illahi, insyaAllah akan Dia kotakan. Selagi kita tidak menyerah kalah, selagi kita sentiasa mengingati Dia, insyaAllah akan dia makbulkan setiap satu harapan dan impian kita. Cuma apa yang perlu kita lakukan, sentiasalah berserah dan redha akan ketentuan dan takdirNya. Dia Maha Mengetahui, Maha Menguasai setiap sesuatu.

Setelah kau berdoa, berusahalah. Tawakal dan redha atas apa jua yang Dia telah, atau bakal berikan padamu. Andai doamu telah dimakbulkan Illahi, janganlah pula kau cuba persoalkan cerita yang Dia dah tuliskan untukmu. Dia lebih tahu, kerana Dia yang menciptakan kau dan aku.

“ Percayalah. Yakinlah.
Dia tak pernah salah.
Dia tak pernah rebah.
Kerana itu namaNya Allah. “ =)

p/s:
* maaf atas penggunaan ‘aku-kau’. :)
* maaf, sengaja aku buka topik atas cinta. ^^
* maaf andai tersentuh mana – mana pihak. :)
* cerita hanya sekadar ilusi minda dan hati. ^^

[‘AmyraRamlan.22122011]

Monday, December 5, 2011

Malam Penghargaan PMDS 2011

04122011
Malam Penghargaan PMDS 2011
Engine Square, UiTM Shah Alam

Assalamualaikum~ =)

The best JOURNEY of the event:
Driving to UiTM Shah Alam
with Aisyah Roslan and Alin. =)




The best AIM about the event:
A chance to GATHER with my fellow friends of
Pemimpin Mahasiswa. =)

The best FOOD during the event:
Chicken rice eaten WITH my fellow friends of
Pemimpin Mahasiswa. =)


The best MOMENTO of the event:
HAPPY FACES of my fellow friends of
Pemimpin Mahasiswa. =)

The best SONG of the event:
- Love You Like A Love Song- =)
*cuz seems like everyone was singing and enjoying the song too!*



The best BUDDIES of the event:
SDK-rians of
UiTM Puncak Alam. =)
*never-ending-semangat-keBIROan* =P

“ Semalam mungkin telah jadi takdir.
Esok mungkin takkan hadir.
Hari ini mungkin akan berakhir.
Corak ukiran hidup bukan kita yang ukir.

 Selagi masih ada masa.
Masa untuk bersama mereka.
Jangan pernah sia – siakan usia.
Yang Tuhan setia pinjamkan pada kita. “ =)

[‘AmyraRamlan.Memories.MDS.UiTM.2011]

Saturday, December 3, 2011

Dialog Bersama Dekan ^_^

02122011
Dialog Bersama Dekan
Fakulti Sains Kesihatan
Sesi September 2011 – Januari 2012
DK9, FSK7, UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum~

Won’t say much.
Program DBD ini memang dah countless number of times aku involved.
Al-maklumlah, bertahun – tahun jadi family SMF yang tegar kan.

Terima kasih pada pihak pengurusan Fakulti Sains Kesihatan,
pemimpin – pemimpin persatuan dalaman,
wakil – wakil kelas Diploma dan Degree.
telah jayakan program ini.
Tanpa kalian, kami ibarat buat program syok sendiri. ^_^






CONGRATULATIONS to Nadwah Syafiqah;
Exco Perhubungan & Pengantarabangsaan SMF 2011/2012
selaku Pengarah Program utk DBD kali ini.

Not to forget, THANK YOU to the team;
especially my beloved Extended Family forever; SMF.  =)







Selaku Biro Program & Protokol DBD,
saya mohon ampun andai ada salah dan silap
sepanjang saya ‘menyerabutkan’ kalian dengan program ini.
*Iyelah, Naib Presiden kalian ni kan sangat terperinci orangnya. Haha.* ;)
Maaf juga kerana saya ‘sengaja’ menjadi
pemerhati + pemantau + penasihat tegar untuk kalian.

Saya sayang Extended Family saya. =)

“ Belajarlah untuk berdiri di atas kaki sendiri.
Belajarlah untuk tak bergantung pada tongkat, walau setia di sisi.
Walau langkah mulanya terluka dek onak dan duri.
Walau rasa pertama di jiwa hanya umpama mimpi.

Percayalah, anda akan mampu untuk berlari satu hari nanti.
Kerana Dia yakin anda tabah untuk harungi jalan berliku ini.

Dan bila masa tiba untuk tongkat itu anda lepaskan.
Kenanglah jasa dan baktinya yang dalam genggaman.
Bukan dengan puji setinggi langit di awan.
Tapi dengan meneruskan jejak perjuangan. “

[‘AmyraRamlan.Pejuang.Anak.Bangsa]

Thursday, December 1, 2011

Majlis Penyerahan Bendera SAF 2011

30112011
Majlis Penyerahan Bendera
Sukan Antara Fakulti (SAF) 2011
Fakulti Sains Kesihatan
DK500, Fakulti Farmasi
UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum…
Heyya there! How’s life? Aku macam biasa, makan-tidur-mandi-mimpi semuanya dibayangi assignments bertimbun, test berderet. =.=”

So, last Wednesday, Majlis Penyerahan Bendera untuk SAF. Three years of hidup-mati-untuk-SMF, inilah kali pertama ada majlis seumpamanya di fakulti aku; atas hasil permintaan Dr. Hanafi: - Timbalan Dekan HEP tersayang. =)
My extended family and I pun dengan penuh semangat menyahut seruan Dr. Hanafi, katanya majlis sebegini dapat menaikkan semangat para atlit. Katanyalah. Kata kami; “ Ye. Kerja bertambah satu lagi.”



It’s okay. I got used to program-turun-dari-langit. Kind of. Cumanya, kesian kat Pengarah Program SAF; Aizuddin a.k.a Cutey. Beliau yang serabut.

As for SAF, aku diberi amanah untuk memegang jawatan Ketua Exco Pengurusan Atlit. Erk. Besar tanggungjawab itu. “ Yakinlah kau mampu, Myra. InsyaAllah, Tuhan itu kan sentiasa ada untuk hambaNya.” Dengan semangat bahawasanya Allah itu sentiasa membantu hambaNya yang berserah padaNya, aku pun ambillah tugas itu.
Cutey percayakan aku, dan yang paling penting,
Tuhan tahu aku mampu. InsyaAllah. =)

During Majlis Penyerahan Bendera, I was the Master of Ceremony (MC). Habis class, terus rush to DK500. Dengan tak rehearsal bagai, aku hentam je review teks ucapan aku sekali imbas. Fuh.  -.-‘
Nervous. Dah lama tak jadi MC. The last time was during Malam Istikharah Merdeka (MIM) back in August 2010, I guess.



All in, Alhamdulillah. We got a VERY POSITIVE feedback from the VVIPs, VIPs, and the audiences. Para atlit, para pengurus pasukan, para sukarelawan; they were superb. Syukur. Syukur. Syukur. ^_^V

“ Our COURAGE is your WEAKNESS ! “
*moto FSK utk SAF 2011*

[‘AmyraRamlan.SAF2011]