Friday, July 31, 2009

Memories of Ol' Skool..=)

Yesterday, aku ikut Ummi g amek Acap dari MRSM Kubang Pasu, Jitra Kedah..Boleh pulak mamat ni balik awal..Saje la tu, rindukan Along die..(Kalau die baca ni, confirm dia kata ALong die perasan!haha~) Ummi excited nak kuar awal gila..Mentang-mentang anak bongsu dia nak balik..Happy la Ummi, dah dapat anak-anak dia semua berkumpul kat rumah weekend ni..(At least sebelum aku balik)..

So, bermula la journey kami seawal jam 10.00 pagi..Sebab Acap kata dia boleh balik mulai jam 11.00 pagi..We headed North, to Jitra..Around 11.15 sampailah ke destinasi, MRSM KuPa..(Nickname utk students)..

Sementara tunggu Acap kemas barang-barang dia (Acap balik memang akan bawa balik semua kain baju, nak basuh guna machine kat umah la katakan...), aku sempat 'usha' budak2 siswa dan siswi maktab tu..(Usha takde makna tau, suma tu adik-adik je!)
Rindu pula zaman aku di MRSM dulu..Tapi ni bukan maktab aku..Dulu aku di Maresmawi (MRSM Langkawi)..3 tahun aku di sana..Cukup banyak experiences aku..Aku ingat lagi, masa aku masuk Maresmawi, umur aku baru 12 tahun..(Yela, aku kan budak lompat..)..First year (Form 1), mula belajar duduk jauh dari family..Menangis jugaklah waktu tu..hehe..Kecik lagi, biasalah..Dulu Ummi tak boleh drive, so aku ulang alik dari Maresmawi ke Sungai Petani by public transportation..Masih ingat juga, waktu tu aku ada sahabat baik; Nadzmi..Dia la yang teman aku balik SP..Sama-sama orang SP la katakan..Sangat baik dengan aku, Ummi pun percaya Nadzmi utk jaga anak dara dia ni..=)

Form 2 and 3, lagi banyak pengalaman..Waktu ni dah pandai jaga diri..(Rasanyalah...) Call rumah pun dah jarang-jarang..Form 3, siap buat birthday party dengan classmates..BEST!hehe...Hadiah pun dapat banyak..SUKA3!hihihi~

Habis cerita MRSM..

Lepas ambil Acap, singgah SMKI utk jemput Mal pula balik sekolah..SMKI pun pernah jadi sekolah aku, selama 3 bulan..hehe..Sebelum aku dapat tawaran masuk ke MRSM dulu..Sempat jugalah merasa asrama sekolah harian..Sementara tunggu Mal, aku usha lagi budak2 sekolah..Kat area tu, ada 5 buah sekolah, rendah mahupun menengah..Lagi macam-macam ragam aku tengok..Dapat pulak tengah hari yg panas tu, ada 'lori' jual air, jajan (makanan ringan)..Ada juga yang jual 'ice-blended'..Seronok sakan lah budak2 nak membeli..Untung mak cik, pakcik, abang dan kakak yang menjual tu..Aku siap cakap kat Ummi,"Zaman sekolah dulu, time balik sekolah adalah antara time paling best, dan juga time duit belanja sekolah banyak habis!"hehe..Budak-budak, memang bahagia..Tak perlu nak risaukan apa-apa pun..

Aku ternampak juga sorang mak cik ni, dia berniaga jajan hanya dari bonet kereta Kancil dia..'Boleh juga berniaga macam ni', bisik hati aku..Dan aku sedar, kalau ada usaha dan keinginan, selagi ia ikhlas dan baik, mesti Allah akan tolong..Laku aja jajan dia jual, tau2 dah nak habis..=)

Itu cerita zaman sekolah menegah rendah aku..Kalau nak ditambah dengan cerita sekolah rendah, dan juga menengah atas...mau lagi panjang berjela!huhu~

For me, school is the platform for every human being to learn the basic rules of life..Memang orang tak sekolah pun boleh hidup, tapi itu zaman dulu..Zaman sekarang, semua kena ada ilmu..Betul tak?Setidak-tidaknya untuk kesenangan hidup diri sendiri..Even untuk sambung belajar di unversiti pun, kita kena hadiri sekolah dahulu..=)

Zaman sekolah aku dah berlalu..Aku selalu pesan pada adik-adik aku, "ENJOY your schooling life..Dulu Along pun rasa boring skolah ni, tapi bila dah habis, rasa rindu to go back and enjoy it to the fullest.."
To my Ol' Skool Fellas, I'm GLAD to have you in my life..Even if we're no longer in touch right now, I'm happy enough for having you ONCE in my heart! XOXO~
[`AmyraRamlanIsMissingHerOl'SkoolFellas]

Wednesday, July 29, 2009

~Kenangan MMS UiTM N9 Julai 2009..~

Ni cerita pengalaman Myra semasa jd PM MMS UiTM N9..

Earlier part of the story, Myra just copy n paste dari post Myra dlm FS..
Tapi later on, Myra ada tmbah2 sket..=)

Klau nak share citer dari hari pertama smpai last day, mmg jd krgn gamaknya..hehe :p

Well, jd PM kat Pilah..Dat was my first time being an OC kat sana..Pengalaman tu mmg best..Tak expect nk jadi 'org kuat' MMS, tp bila dh dberi kpercayaan utk jd ketua UKK siswi, responsibility is everything for me! :)

First rasa burden juga..Yela..Time tu terfikir, "ramai gila PM2 yg blum aku kenal.." Cuma i'm glad..Alhamdulillah..X sgka dpt get along well dgn suma PM2..

Dgn UM, mmg myra x rapat sgt..Cuma slalu dgr dari Colleen..Riang gumbira hatinya di dlm UM..Al maklumlah, die student Nutrition and Dietetics kat Faculty of Health Sciences.. :)

Dgn UKS, pun Myra dengar crita dari An..Die roomate Myra kat Pilah..Mcm2 crita, dari kena jadi guard kawal traffic, smpaila kene jaga check point..Semua demi keSELAMATan Adik2 PN..Mmg kita MANJAkn mereka..Bersyukurlah Adik2 kerna dapat Abg dan Kakak mcm kami..

(Bukan membangga diri, cuma mmg benar..Ada kampus, lagi teruk MMS mereka.. ;) )


Dgn UPP, pun Myra x rapat sgt..Lepas abis MMS baru knl dgn Abg Asward, Min n da geng suma..Itu pun sbb kegilaan RINDU-MERINDU kat FB..huhu..

UKK..Unit yg paling havoc..Dari hari pertama sambut adik2 PB, smpailah hari akhir MMS..

Igt lagi, mcm2 style akak2 PM ni nak sambut parents, n rombongan ahli keluarga adik2 PB..Yang jadi mcm penyambut VIP kat airport pun ada..Tapi Myra salute sgt..Sbb parents puji style korang tu..SM3 punye tagline; "Ceria dan Bergaya" bersama2 Kak Ros, Kak Lela and Akak2 lain (Sory sbb xdpt nk tulis suma :( )..Tagline tu kekal smpai abis MMS..dan kalau korg sedar, kerna tagline tu la adik2 PB SM tu syg kt korg..

SM6, SM paling jauh..and paling sikit penghuninya..Slalu Myra lmbt smpai kat korg kn..MAAF Kak Mas, Kak Mira, Kak Ziera..huhu.. :(

SM1, SM paling ramai penghuninya..Slalunya, korg la SM yg paling lambat nak gerak..Myra fhm, sbb korg ramai sgt..Kak Ila n da geng, THANKS sbb jaga adik2 PB yg ramai tu..Klau Myra nk handle sorg2, x mampu rasanya.. :)

SM2, SM Myra sndiri..Tapi, Myra kena berTERIMA KASIH sgt2 pada Kak Wani n da geng..Sbb nama je SM2 tu SM Myra, tapi Myra x pernah berpeluang pun nk focus kat adik2 PB di situ..
(Myra2..teruk kamu nih!huhu)

SM4.. SM yg di handle oleh Kak Nadia n da geng..Asal Myra g SM4 je, Nadia mesti tanye "Ko cukup rehat x Myra?".. Terharu kurasakan..hehe..Mucha Gracias darlings!

SM5..SM Kak Firza n da geng..SM yg agk senang jgk utk dijaga..pada Myra la..Kalau nak tau betul ke senang nk handle adik2 PB SM 5 atau x, kenalah tanya Akak2 yang menjaga mereka slama smggu tu.. :)

SP 1,2,3,4
..Myra smpat jenguk time hari registration je..Itupun sbb accompany Abg Acap..hehe..

(Waktu tu Abg Acap masih pegang post Ketua Unit UKK, sebelum ditabal jadi Pengarah MMS, n post die diganti oleh Abg Shuk.. =P)

Myra masih igt lg, antara gelaran yg Myra dpt..
"PM Paling Garang, PM paling Rajin, PM Paling Cun"..
hahaha...Mcm2 Adik2 PB ku ni..Rindu kalian! =)

Ingat waktu2 yg paling TENSED utk Myra, waktu handle preparation utk LDK..Mlm tu, smpai tak tidur.. Esok pagi, dah kena terkejar-kejar..Mula la, bila smpai pkul 10.00 pg, Myra dh lost energy..itupun, xnak give up lagi time tu..PM2 yg datang Bilik Gerakan LDK, dah risau tgk Myra..Diorang paksa2 Myra tidur, rehat, makan..THANKS korang..=)

Kalau ada terkasar bahasa, termarah x kena tempat, terbuat apa2 yg x patut,
Myra mohon AMPUN dan MAAF rakan2...
Sesungguhnya Myra SAYANG kalian!

Now, everything has ended..MMS kami berjalan dgn lancar, Alhamdulillah..Kepenatan, keletihan, kegembiraan, kesedihan...Semua itu kami rasai..Memang skrg kami ada haluan masing2..No doubt, ada antara kami dh nak grad, ada yg dah keja..Tapi apa2pun,
FRIENDSHIP ni tak akan hilang dan tak akan putus..
InsyaAllah..

TERIMA KASIH sahabat2..
Myra HARGAI kalian..
Semoga akan ada lagi istilah LAIN KALI untuk kita..
dan jika TIADA, AMPUN MAAF Myra pinta,
SALAM SAYANG untuk semua PM2 UiTM N9 Julai 2009..
['AmyraRamlan, UiTM Malaysia 2009]

Sunday, July 26, 2009

~CintaLoveKasihSayang~

Cinta..
Rumit untuk aku singkapkan maksudnya
Hadirnya tanpa diminta
Pergi tanpa dipaksa
Silih berganti tanpa sempat untuk aku mengerti

Love..
Often makes me cry and laugh
Often makes me swear and promise
Oftn makes me feel good and bad
Even makes me go wild and nuts sometimes

Kasih..
Buat aku terpana dengan penangannya
Buat aku derita dalam tangisan
Buat aku gembira dalam senyuman
Dan buat aku terseksa kerna kekeliruan

Sayang..
Membawa aku sesat kernanya
Membawa aku pulang semula ke dunia
Mengheret aku ke lembah duniawi
Mendukung aku ke puncak cita

Ya Allah..
Kau berikan aku nikmat bahagia
Kau berikan juga aku merasa erti derita
Hanya Kau sahaja mengerti
Segala apa yang Kau beri

I'm leaving this now to Him..Let Him decide what's best for me..'Cause I can't go anywhere farther from here anymore..I just can't..
[`AmyraRamlanInAStateOfConfusionAndPain]

Friday, July 17, 2009

UiTM di Hatiku..?

Kampus UiTM makin bertambah..
Maknanya, pelajar-pelajar juga makin bertambah bilangannya..
Masalah dan aduan juga seiring perjalanannya dengan dua perkara di atas..
Pihak yang bertanggungjawab sedaya-upaya untuk menyelesaikan apa jua masalah yang setiap mahasiswa dan mahasiswi UiTM hadapi..
Saya tabik dan 'salute' mereka yang tidak pernah jemu untuk melakukan apa jua yang terdaya bagi mengharmonikan UiTM..

Bukan tidak setuju..Memang bagi saya amat bagus sekiranya bilangan pelajar UiTM semakin bertambah, kerana ini juga membawa maksud bahawa akan lahir lagi ramai graduan Bumiputera Melayu..Bukan saya ingin timbulkan isu perkauman di sini..Tidak..Tiada niat sebegitu di hati saya..

Tapi, benarkah dengan bertambahnya bilangan pelajar UiTM, maka bilangan graduan UiTM Bumiputera Melayu berkualiti juga akan bertambah?Benarkah graduan-graduan, mahasiswa dan mahasiswi ini mempunyai kualiti yang dapat membatasi kuantiti?Saya bukanlah memihak kepada mana-mana pihak, bukan juga ingin menunding jari pada sesiapa..Cuma saya melahirkan rasa risau dan ragu di hati sebagai seorang mahasiswi UiTM..

Pelajar yang mendaftar di UiTM seperti yang saya katakan; semakin bertambah..Tidak kurang juga yang telah berjaya menamatkan pengajian..Tetapi adakah mahasiswa dan mahasiswi UiTM tahu dan sedar di mana mereka berpijak?Adakah mereka benar-benar faham hala tuju UiTM dalam melahirkan generasi berwawasan dan terbilang?

Saya teringin untuk mengetahui, apa tujuan mahasiswa dan mahasiswi ini mendaftar sebagai pelajar UiTM..
"Saya dapat tawaran UiTM saja, jadi saya masuklah.."
"Saya sebenarnya tidak suka UiTM, tapi mak dan ayah suruh masuk.."
"UiTM berat sebelah..Ada ke patut hanya Melayu saja yang boleh mendaftar?!Saya masuk pun sebab universiti lain tidak terima saya.Sebenarnya tak mahu pun!"

Ramai yang TELAH mendaftar sebagai pelajar UiTM..Tetapi pernyataan di atas yang sering saya dengar dari mereka..(Bukan semua begini)..Wahai saudara saudari sekalian, kalau dah dapat masuk tu, kenapa nak kutuk dan merendah-rendahkan universiti anda?Saya hairan...

Ketika isu UiTM ingin dibuka kepada bukan Bumiputera sedang hangat diperkatakan dan diperdebatkan tidak lama dahulu, ramai mahasiswa mahasiswi UiTM tunjuk protes..Bukan kita ingin jadi penunjuk perasaan kan..Kita cuma ingin pertahankan hak kita..Tetapi ada juga mahasiswa dan mahasiswi yang setuju UiTM dibuka..Tidak malu untuk saya nyatakan, hakikat bahawa dalam beratus ribu anak-anak/pelajar UiTM, hanya ada segelintir sahaja yang mengambil berat tentang hal ini..Saya hairan lagi..

"Wujudmu di sini di tanah anak merdeka..
Bagai obor ilmu memayungi putera-puterinya..
Pelopor hidup budaya bangsa, agama, negara..
Pembentuk akhlak manusia agar jadi sempurna.."
(UiTM Di Hatiku)

"Bersatu kita warga UiTM
Kita bangsa perkasa
Taat dan setia ku untuk negara
Penuh semangat waja

Kita jangan mudah terlupa
Pengorbanan, perjuangan anak bangsa
Kita jangan mudah terleka
Kemajuan, keamanan yang ada
Kita beterima kasih
Pada pemimpin-pemimpin negara
Kita rasa penuh bersyukur
Kerahmatan, kemuliaan dari-Nya

Kamilah pendokong, pewaris bangsa
Kamilah pendaulat bangsa Malaysia
Kamilah warga berwawasan
Untuk Negaraku.."
(Wawasan Setia Warga UiTM)

Dua buah lagu; yang sering diajarkan kepada setiap pelajar-pelajar yang mendaftar di UiTM..Dihafal, atas sebab apa?Adakah liriknya dihayati?Andai dihayati dengan perasaan kasih dan bersama jati diri yang kukuh, sedarlah bahawa bait-baitnya mampu meluluhkan hati anda..
(Saya menangis acapkali menyanyikan lagu ini..)

Saya bukan anak seni seperti A.Samad Said untuk melahirkan kata-kata pujangga, bukan juga ahli politik seperti Tun Dr Mahathir untuk membawa isu ini ke mata dunia..Saya cuma seorang pelajar, mahasiswi yang menyayangi UiTM..Ini rumah kedua saya, tempat saya pelajari makna hidup dan erti sebuah kehidupan..Saya tidak mahu rumah kedua saya ini hancur lebur, runtuh dek kelalaian kita sendiri..
Saya masih mempunyai jati diri dan perasaan cinta untuk bangsa dan negara saya..

Masihkah anda miliki semua ini?

Wednesday, July 15, 2009

Fifth semester of being an Occupational Therapy student..

Fun.Interesting.Thrilled.Scared (a bit).


So, for this semester, we'll be learning (currently are learning) Psychiatric Area..

Seronok, dan juga agak blur kadang-kadang sebab it's a new area for us..Before this belajar Physical and Paediatrics..Lain dari Psychiatrics ni..

So far, learning okay..Cuba untuk menyerap ilmu kalam Allah yang baru..Selagi termampulah..I'll try my best for this semester..Furthermore, I'm already in my final year..At last, Alhamdulillah..Berjaya juga aku sandang title final year student..

High hopes from myself, my parents of course, and the lecturers..InsyaAllah aku akan cuba yang terbaik..

Semester ni juga, kami dah jadi super senior..hehe..Dah dapat lagi satu batch junior..Lagi ramai, lagi havoc..Yang bagusnya, makin berkembanglah OT di Malaysia nanti..Harap-harapnya..Belajar rajin-rajin ye adik-adik, jadilah OT yang berhemah dan bertanggungjawab..=D

Semester pertama di Puncak Alam; banyak kekurangan kot..PTAR belum boleh dipakai..Sources of books are very limited..Kesian kami di sini..Dahla baru masuk..Sabarlah wahai hati..=)

Dengarnya practical placing kami bermula pada minggu terakhir bulan Ramadhan...

dan akan bersambung selepas Raya Aidilfitri..
Beraya di hospital la kami..hee~)

To friends, classmates, housemates, seniors, and juniors..
GOOD LUCK
for another semester of being an Occupational Therapy students..
Be proud of who we are..
Be thankful for the knowledge that we gain..
~XOXO~

Monday, July 6, 2009

MMS UiTM Negeri Sembilan (Sesi Julai 2009)

HAVOC~EXCITING~TIRED~SMILES~TEARS~FUN~SAD
that's what i can conclude out of my experience there..
sangat2 teruja, dan best!
abang2, kakak2 dan adik2 sgt byk membantu..
yg paling cuak, sbb bengkel PM hanyalah for 1 and a half days!maunya tak takut!
dahla kampus baru, environment pun kami belum tau sepenuhnya..tak sempat nak ronda2 sebelum adik2 nPB sampai mendaftar..
dalam sehari setengah tu, kami kena kenal-mengenal sesama kami barisan PM2, dengan staf2 kolej dan fakulti, dengan tempat, dan juga brainstorming untuk MMS..
sedar2, rupa2nya ada yg sama2 dari kampus induk, tp tak pernal kenal..
ada yg dari kampus segamat, penang, jengka etc..etc..
kenal dengan korang memang best..
tak sangka dalam seminggu tu kita semua boleh jadi mcm dah kenal bertahun2!
memang crazy!hehe~
pergh..MMS mmg penat, biasalah..
tp berbaloi!!
THANK GOD!
in those days, we managed to handle everything smoothly..kan kawan2?hehe..
just want to say THANKS a bunch!
korang dah ajar myra a lot of new experience..
walaupun ada masa yg kita kelam-kabut, tp sudahnya kita berjaya..
ALHAMDULILLAH..
now, we are back to our normal schedule..ada yg dah kerja, ada yg dah final year..
seribu keMAAFan myra pohon andai ada terkasar bahasa sepanjang kita berkampung di Pilah ye..
al-maklumlah, masing-masing sibuk memanjang kat sana..ada termarah, terjerit tu, kadang2 tak perasan..
GOMENNASAI~
apa2pun,
KORANG MEMANG THE BEST!
MYRA SANGAT SAYANG KORANG!
XOXO