Tuesday, January 27, 2009

LoL...

Kadang-kadang, dalam hidup ini, ada ketikanya kita berhadapan dengan situasi yang gembira, sedih, duka dan ketawa. Kerana pengalaman-pengalaman itu tidak dapat untuk kita temui kembali, kita nukilankannya. Dengan harapan untuk mengingati, atau untuk melupakan. Tetapi kadangkala, ada di antara kenangan itu tidak dapat kita zahirkan. Di atas kertas, di dalam lagu mahupun di antara bait-bait puisi. Kerana Dia ciptakan setiap saat untuk manusia adalah berbeza-beza. Setiap saat membawa perkara baru. Setiap saat mencoretkan agenda baru. Dan tiap saat itu mungkin menjadi permulaan atau pengakhiran untuk sesuatu yang lain.

Dalam setiap kekecewaan yang aku hadapi, aku cuba untuk hapuskannya dari menghantui masa depan hidupku. Tetapi tetap aku abadikan jauh di sudut hati, sebagai pemangkin untuk aku terus berjuang. Sahabat; menjadi tempat aku mengadu acapkali aku berduka. Tetapi sahabat juga manusia. Yang kadangkala mempunyai kefahaman berbeza. Dan apabila itu terjadi, sahabat tidak dapat memahami aku. Lalu aku abdikan diriku padaNya. Biarkan alunan lagu-lagu kitabNya menenangkan hati ini.

Pada tiap kenangan yang membahagiakan. Aku ketawa. Kadangkala tersenyum sendiri, tatkala mengenangkan situasi yang mendewasakan aku dalam kebahagiaan. Sahabat; menjadi peneman yang setia di sisi aku. Tertawa dan bermesra. Kerana setiap tawa dan senyuman mereka, aku gembira. Terlalu indah saat ketika bersama teman-teman itu. Tapi aku sedar, masa dan tanggungjawab memisahkan kami. Jauh dari pandangan mata. Namun, aku masih menaruh harapan padaNya, temukanlah aku dengan sahabat-sahabat ini agar jalinan ukhwah kami sentiasa segar dan mewangi.

(dedikasi khas buat adik,abang dan kakak OT, teman-teman RM, abang dan kakak RM, rakan-rakan UiTM dan setiap kawan-kawan yang aku kenali…)

No comments:

Post a Comment