Thursday, July 4, 2013

Wed. Perception.

Assalamualaikum.
Hey peeps! 

Been thinking lately, since aku pun dah dalam fasa nak menuju alam perkahwinan (ehem, In Shaa Allah soon).. Zaman sekarang ni, dah makin ramai orang yang terikut-ikut budaya luar bila nak kahwin.. Bertunang dah gaya macam nak bersanding, walimah dah gaya macam nak taraf anak raja.. Bukan nak kata tak boleh, boleh saja.. Cuma sebenarnya sebaik-baik pernikahan itu adalah yang rendah perbelanjaannya.. C'mon laa, aku bukan nak kata aku baik sangat.. Like I said, I've been thinking lately.. Al-maklumlah, bila usia dah meningkat ke tahap sebegini, kepala tak fikir lain dahh.. Habiskan Ijazah, kerja, kahwin, senangkan Ummi Abah, support adik-adik further studies.. Itu dalam kepala otak aku lah.. Hehe.. ;)

Been planning and discussing.. Eh hello, ingat plan nak kahwin tu senang ke? Susah tau.. Memang aku dok planning tak habis lagi dengan family and ehem, dia.. :) Well, siapa kata planning tu sekadar nak jemput tetamu kenduri berapa ratus, belanja makanan kenduri berapa ribu, baju pengantin nak berapa pasang, dewan nak hias liplap lampu berapa voltan bla bla bla.. 


I plan for my marriage, not my wedding

Walimah aku nanti maaflah kalau aku tak jemput ribu riban.. Family aku je dah konvoi.. Abah and Ummi punya sahabat handai je dah berapa ramai.. Kawan-kawan aku je dah seantero negara.. Hihi.. Tapi In Shaa Allah, aku utamakan classmates Degree and Diploma, aRMadians, sisters, SMF family, MDS families and schoolmates.. 
*Gosh, itupun dah berjela senarainya sayangss oii*

Yang lain tu bukan tak boleh datang, datanglah memeriahkan.. Aku alu-alukan.. :)
But do aware that my wedding won't be like the others.. Don't expect all those grand stage and karaoke session.. Don't think that you'll get to see big gown and flawless dress and glitters on the floor.. Sorry sayangs, I plan to do it modestly.. Jangan pernah terlintas nak berhutang okay.. Lagipun, kesian bakal suami nanti.. Dia lah kena sponsor wedding, dia jugak kena bagi nafkah nanti.. :)

Lagipun, nak membina rumah tangga tak sesukar yang persepsi masyarakat sekarang pandang.. 


“Sesungguhnya agama (Islam) itu ringan. Barangsiapa memperberat-berat, maka dia akan dikalahkan oleh agama. 
Oleh kerana itu, kerjakanlah (agama itu) menurut mestinya, atau mendekati mestinya, dan gembiralah (kerana akan beroleh pahala), serta beribadatlah (mohonlah pertolongan Allah) pada waktu pagi, petang dan sebahagian malam.” (Hadis Riwayat Bukhari)

1. Yang pertama, merisik.. Jadi syarat supaya keluarga bertemu keluarga, capai kata sepakat nak satukan hati anak-anak.. 

2. Yang kedua, bertunang.. Tak perlu pelamin, hantaran bagai.. Bertunang cukup sekadar tanda, kalau tidak pun, cukup atas persetujuan si adam dan hawa, dan sebagai tanda hormat, persetujuan ibu ayah.. Al-maklumlah, ibu ayah yang besarkan anak-anak selama ni kan, mestilah diorang nak tahu jugak bakal suri hidup anak lelaki dan bakal 'guardian angel' hidup si anak perempuan.. 

3. Yang ketiga, pernikahan.. Siapa kata nikah kena hantaran mahal-mahal? Bagi bakal isteri kasut tumit tinggi branded, padahal dia selesa pakai kasut yang boleh tahan lasak.. Bagi bakal suami baju kemeja branded, padahal dia senang lagi pakai T-shirt.. Hantaran, sekadar hadiah untuk bakal pendamping hidup.. Bukan untuk tunjuk merata buat halwa pandangan mata manusia.. Baju nikah, tak perlulah nak macam princess, kalau sudahnya nak berjalan pun payah.. Duit hantaran, tak perlulah keluarga nak letak macam gaya nak jual anak.. :)


Sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud: 
"Sesungguhnya yang besar berkat nikah ialah yang sederhana belanjanya ". 
( Hadis Riwayat Ahmad )

4. Yang keempat, kenduri atau walimah.. Pernah aku baca, cukup kalau sekadar jamu seekor kambing, which in fact hanya boleh cover perut dalam 50 orang tetamu.. Tapi iyelah, aku faham.. Kawan-kawan ramai.. Ahli keluarga besar pun boleh buat rombongan.. Tak salah nak jemput reramai, tapi belanjanya berpada-padalah.. Tak perlulah nak feast sampai berhabis ribuan ringgit.. Yang penting, walimah untuk bagitau orang tentang perkahwinan supaya tak timbul fitnah, dan untuk meraikan hari bahagia.. And, the most important thing, doa dari tetamu.. :)


Rasulullah mengetahui sahabatnya ‘Abdurrahman B. ‘Auf baru sahaja bernikah, Rasulullah pun berkata kepadanya (sambil terlebih dahulu mendoakannya):
“Barakallahu laka (semoga Allah memberi berkah kepadamu), adakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.” (Hadis Riwayat al-Bukhari, Kitab an-Nikah, 16/131, no. 4758)

So, to those yang suka nak ada persepsi, perception or whatever lah, go ahead.. You can say anything you want.. Aku dah bagitahu siap-siap, wedding aku takkan capai taraf 5-star, takkan grand macam retis, takkan gempak macam aku popular sangat.. Okay? So if you are going to come just to condemn and criticize, just do come.. Jangan lupa, lepas habis komen, condemn dan sebagainya, selitkanlah sedikit doa buat kami ya.. Masehhh.. ^^v



"Tak hairanlah orang zaman sekarang takut nak lunaskan sunnah melangsungkan sebuah perkahwinan.
Persepsi keluarga dan masyarakat pun dah terlalu menduga untuk sesuatu yang halal dan dituntut agama."

p/s: Maaf. Ini luahan rasa hati dan fikiran akal hamba.
Mohon jangan ada yang terasa ya. :)


with love;
['AmyraRamlan]

2 comments:

  1. inshaAllah klo ade kelapangan n ade rezeki..i'll be there for u and poji...=)
    mill anwar

    ReplyDelete