Monday, November 1, 2010

Sungguh, saya redha!

Saya tak harap awak akan sentiasa bersama saya.

Kerana saya tahu siapa saya di sisi awak.

Saya sedar, awak mungkin jadi milik saya.

Atau juga mungkin tidak sama sekali.



Saya juga tak harap awak akan sentiasa fahami saya.

Diri saya. Hati saya. Cara saya. Hidup saya.

Sebab saya ni sukar untuk difahami.

Sukar juga untuk orang terima cara saya.



Tapi saya berterima kasih sangat-sangat.

Kerana awak tak pernah tipu dan tinggalkan saya.

Walau betapa banyak saya susahkan awak.

Walau betapa kerap saya cari awak tika saya perlu.



Memang saya ingin awak sentiasa menjadi teman saya.

Pendamping saya. Pembimbing saya.

Selamanya bersama saya hingga alam sana.

Tapi saya sedar akan HAKIKAT dan KETENTUAN.



Jadi saya serahkan segalanya pada takdir.

Kerana hanya Allah Yang Maha Mengetahui.

Segala isi hati saya, bicara kata jiwa ini.

Dia telah tetapkan yang terbaik buat kita. =)


['AmyraRamlanRedha]

2 comments: