22 Ramadhan 1432H.
22nd August 2011.
22nd Birthday.
01:34 am
“ Everybody has their own turning point; a moment that people feel like they have found what they are looking for in life. Anyone may rush for the wealth, glory, happiness, and wisdom of the world. In the end, they will somehow realize that those will not last long. From that second onwards, they’ll start to find the one thing that they need; a guidance from the Creator.
I may, or may not have met this turning point of mine. Wallahualam, only Allah knows. It’s just having full Ramadhan at home (after for so long), has brighten up my path. I know, for all this while, I haven’t yet found who I truly am. It’s not easy. Finding and knowing who you are is really a challenging task. Some people may not live that long to search for their true soul. As for me, I am working on it. ya Allah, bless my journey. Please.
22 tahun. Allah beri aku peluang untuk aku cari diri aku. Allah beri aku ruang untuk aku kenal erti dunia. Allah beri aku masa dan usia itu untuk belajar dan memahami ajaran-Nya. Allah beri juga kesempatan untuk aku perbaiki diri yang takkan pernah sempurna. Tapi aku? Hanya gadis yang terlalu banyak kelemahan, terlalu mudah lemah bila Dia hadirkan ujian menduga jiwa. Aku, cuma manusia yang mudah rebah tika Dia datangkan dugaan menguji kekuatan iman.
Tapi Dia tak pernah tinggalkan aku. Dia tetap hadirkan aku kekuatan dalam aku meredah dugaan dunia. Dia tetap beri aku kecekalan hati dalam menghadapi kesakitan diri dan jiwa. Syukur, ya Allah.kau hadirkan sedetik kesedaran dalam ruang kecil benak sanubariku. Kau selitkan keinsafan dalam hati ini, atas kekhilafan masa lalu dan masa kini aku.
Ampuniku, ya Allah. Teguhkan iman diri ini dalam perjalanan mencari redha-Mu. Cekalkan hati ini dalam perjuangan menuju syurga-Mu, InsyaAllah. Kau berkatilah aku dan keluargaku, Kau limpahkan rezeki buatku dan saudara – saudara seIslamku. Kau tetapkan jiwa ini di jalan-Mu, Tuhanku.
I can’t ask for more. I’ve blown away too many chances along the way. Forgive me, ya Allah. Do guide me through this life, here and eternity. To You I pray, to You I seek for forgiveness and blessings. Only to You Allah, I will turn to, for the end of my life, I will always belong to You. You know me well, more than I do. =)
Tuhanku.
Berikanlah aku kesihatan dalam perjalanan aku mencari redha-Mu.
Hadirkan ku kesempatan untuk aku bertaubat dan menginsafi kekhilafan diri.
Murahkan rezeki aku dan keluargaku,
eratkan silaturrahim kami dalam naungan kasih sayang-Mu.
Teguhkan jiwaku dalam menghadapi dugaan dari-Mu.
Redhailah perjalananku menuntut ilmu-Mu.
Beri aku peluang menziarahi Tanah Suci-Mu, ya Allah.
Hindari aku dari murka-Mu.
Hadirkan aku cinta di atas cintaku pada-Mu, Tuhanku.
Titipkan kasih antara aku dan para sahabatku.
Moga kami sentiasa di dalam redha-Mu. Amiin~ “
Hanya padaMu aku sujud menginsafi diri.
Engkau satu – satunya yang Maha Mengampuni.
Hanya padaMu aku berserah segala bicara hati.
Engkau jua yang Maha Mengetahui.
Amiin~
:: Bukan semua mampu berubah.
Dan tak ada yang mampu sempurna.
Tidak ramai sanggup kekal tak diubah.
Kerana fitrah jiwa, sentiasa tertanya – tanya.
Bukan mudah tetap di jalan berarah.
Sebab dunia punya dugaan tanpa hujungnya.
Tapi jangan pernah menyerah kalah.
Kerana Dia sentiasa ada bersama. :: =)
[‘AmyraRamlan.]
02:08 am
22082011
*unaltered original version,
as written on 4 pieces of papers
with tears and satisfaction.*