Monday, January 23, 2012

LiP KPO FSK 2012

20012012 – 2201012
'Leaders in Progress’ (LiP),
Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) FSK 2012
Kem Nur Lembah Pangsun

Assalamualaikum~ =)

I can say that LiP was officially my first program after my third semester’s final has ended. In the first place, kami a.k.a pihak urusetia memang langsung tak ada masa untuk sit down and discuss about this program. After diluluskan by faculty, we were so busy with our finals sampaikan hampir terlepas pandang tentang KPO yang julung kali dianjurkan buat para pemimpin pelajar FSK ini.

Sudahnya, malam sebelum program barulah dapat merangka dengan khusus tentang perjalanan dan pengisian program ini. Malam tu jugak, to-do list baru nak buat, barang-barang keperluan baru nak buat checklist, pengisian program baru nak disusun. Agak ‘gila’ jugak Musaadah, Abang Shukri dan aku bekerja malam tu. Sudahnya, aku dan Abang Shuk sampai berkampung di McD hingga ke jam 5 pagi hari kejadian.
*experience la jugak,rangka program 3 hari 2 malam untuk para pemimpin FSK yang hebat-hebat dalam masa tak sampai 24 jam.* ^^

Although we started late on the first day, but all in, I can say that the program was a success. Aku sebagai Biro SDK merangkap Urusetia + Fasilitator + Tukang brain wash, bolehlah nak kata program itu tersangatlah best. Bukan best sebab dapat brain wash peserta tau, tapi sebab finally aku nampak bakat-bakat terpendam kepimpinan yang sebenarnya WUJUD di FSK. Siapa kata pelajar FSK hanya tahu hadap buku? =)

Demi memastikan impak KPO lain daripada biasa, we have planned LiP untuk dikendalikan dengan cara yang FSK tak pernah buat. Macam mana? Ha, kena tanya para pesertalah. Dan demi program itu juga, sanggup aku berendam kolam berjam-jam lamanya, tangan luka sana sini, tak tidur berhari-hari. Nak buat macam mana, hati sayang fakulti katakan. ^^










*all pictures were uploaded with credit to Abang Shukri Shuhaimee* =)

Tribute! :
Syukur pada Allah atas kudrat dan semangat yang dipinjamkan pada kami. =)
Endless THANK YOU pada barisan urusetia; Atikah, Musaadah, Abang Shukri Shuhaimee, Kakak Nuri Naqieyah, Muadz, Kamil, Najat Nadhirah, Naim, Jibam.

Tabik hormat buat EO FSK yang berjiwa rakyat; En. Zaini yang setia turun padang bersama joran. ;) *p/s:thanks juga untuk ikan bakar yang dah beku time kami dapat makan.hehe.*

Salutasi+terima kasih+ampun maaf buat para peserta LiP KPO FSK 2012!
Kalian sesungguhnya memang antara yang TERBAIK! =)

“Dalam menentukan arah haluan dan tujuan,
Telah Dia ambil kira tiap titi keringat perjuangan.
Yang baik jadi panduan,
Yang tidak jadi titik persimpangan.
Dia tidak pernah salah dalam perhitungan,
Sebab itu namaNya Tuhan.”

Salam kepimpinan;
‘AmyraRamlan~ =)

Monday, January 16, 2012

Buat mereka yang masih tercari-cari. =)

Buat hati – hati yang terluka.
Andai hati terluka dek tajam pisau khianat,
tumpulkanlah dendam yang tersemat.
Andai hati terluka dek kata – kata pedih,
biarkanlah kata nista itu jauh tersisih.
Andai hati terluka dek manusia tak sempurna,
kenangkanlah diri yang juga tak punya apa.
Andai hati terluka dek khilaf diri tak sudah,
sucikanlah kembali hati yang gundah.

Buat jiwa – jiwa yang tersiksa.
Andai jiwa itu terasa sakit,
ubatilah ia dengan kalam Allah walau sedikit.
Andai jiwa itu terasa kosong tiada erti,
segeralah kau kejar jalan menuju yang hakiki.
Andai jiwa itu dihina sekalian ciptaan,
pujuklah ia dengan doa walau dalam tangisan.
Andai jiwa itu terpana dek sukarnya dunia,
kembalikanlah ia pada Yang Maha Kuasa.

Buat insan – insan yang sentiasa terasa tiada makna.
Andai diri kau umpama burung yang patah sayapnya,
renunglah ke langit, bayangkan kau mampu terbang di sana.
Andai diri kau umpama harimau yang hilang belangnya,
berdirilah kau di puncak gunung, bayangkan kau masih menguasai belantara.
Andai diri kau benar seorang manusia, hambaNya yang setia,
tunduklah ke bumi, sujud pada Illahi, yakinkan hati padaNya.

Buat hati – hati yang terluka,
jiwa – jiwa yang tersiksa,
insan – insan yang sentiasa terasa tiada makna.
Cuba fikir~

Yang memberi setiap rasa adalah Dia.
Yang menduga tiap tika juga adalah Dia.
Dia beri bahagia untuk kita lihat kekuasaanNya.
Dia beri duka untuk kita teguhkan iman padaNya.

Mengapa masih terluka hatimu?
Mengapa masih tersiksa jiwamu?
Makna hidup apa lagi yang kau cari wahai insan?
Sedangkan telah Dia kurniakan indah pesona dunia.
Sedangkan telah Dia berikan rasa kasih sayang dan cinta.
Sedangkan telah Dia janjikan syurga buat hambaNya yang setia.

Nikmat apa lagi yang kau ingin dustakan?

p/s:
Nota dikarang buat peringatan diri.
Andai memberi manfaat, syukur pada Illahi.
Saya cuma manusia biasa.
Takkan pernah sempurna walau apa cara. =)

[‘AmyraRamlan]
21:24 , 21122011

Sunday, January 1, 2012

End of journey. NADA 2011/2012.

16122011
NADA’s AGM & Annual Dinner 2011
Intekma Resort, Shah Alam

Assalamualaikum~

The first dinner ever conducted by NADA. I am proud to be a part of it. Syukur. =)
A night with more than thousand words to described.
Combining our Annual Grand Meeting with the Annual Dinner was not a bad idea after all.
The best part was, our voting went online. First time experience, too. ^_^

Arrived at Intekma Resort as early as 4 o’clock in the evening.
Started our rehearsal at about 6 p.m.
*kind of worried cuz we were running out of time!*


bersama BOSS : Thanks a lot Mizi! =)

Best buddy ever; kaki kiri kanan, PA, co-pilot...
Semualah awak kann.. Thanks Nurul 'Azizah! =)

But syukur Alhamdulillah, with just one round of rehearsal,
the event was a big success! =)










As for a girl named ‘Amyra Ramlan,
the night was filled with tears and laughter.
A part of me felt relieved,
for I have managed to stand up as
the Vice President of NADA for more than one year.
15 October 2010 – 16 December 2011.
The amazing journey of one year and two months. =)



Infinity
THANK YOUs
for all lecturers, staff, seniors, classmates and juniors.
FORGIVE me
for any wrongdoings I have done throughout this journey.

I LOVE NADA. FOREVER. STILL. =’)

“ Being a leader is not easy.
But nobody has said that you can’t be one. “ J

[‘AmyraRamlan.Ex-Vice President.NADA.2011/2012]

Wednesday, December 21, 2011

Cinta itu Dia yang beri. =)

21122011
~ Syukur.DIA masih beri CINTA. Dia masih kekal SETIA. ~

Berkata – kata tentang rasa cinta. Mungkin cerita di bawah ini tidak memberi apa – apa manfaat. Aku khabarkan siap – siap, sebab panjang karangan aku kali ini. Jadi kalau rasa tak sanggup untuk baca, tak mengapa. Andai cerita ini membawa manfaat, syukur. Dan jika anda dapat mentafsir maksud tersurat dan tersirat di sebalik cerita ini, berterima kasihlah kepada akal dan fikiran anda sendiri. =)

~~ Aku tak sempurna. Saban hari aku berdoa, agar Allah kurniakan aku cinta yang dapat bimbing aku menuju jalanNya. Moga aku juga mendapat tempias rahmat hambaNya yang sentiasa mencari redha Illahi. Cumanya, aku ini masih lagi bertatih. Tiap kali langkah aku buka, tiap kali itu juga acapkali aku terjatuh; rebah mencium bumi. Jadi aku mahu cinta yang fahami aku, ya Allah. Aku mahu cinta yang nampak usaha aku yang perlu masa, yang belum mampu lagi untuk berlari di jalanMu. Hadirkanlah padaku insan yang dapat membimbing aku dengan kefahaman aku, bukan dengan taksubnya dia untuk mengubah aku.

Satu tika, telah Dia makbulkan doa yang aku panjatkan untukNya. Dia hadirkan aku seorang insan yang baik budi pekertinya, yang santun bicaranya, yang senang aku mendampinginya. Orangnya tidaklah taksub untuk menarik dan memaksa aku menuju jalan keredhaan. Tapi dia ambil masa untuk kenali aku. Dia cuba kenali cara hidupku, kenali sifat – sifat diriku. Kebetulan, Tuhan buka mata hati aku untuk dia pada ketika dia juga sedang dalam perjalanannya sendiri, mengejar dan mencari kasih Illahi. Dan dengan perlahan, dia kongsi ilmu yang dia ada bersama aku. Sedikit demi sedikit, dia fahamkan aku tentang indahnya cinta Allah pada hambaNya yang taat setia. Dia tak pernah memaksa. Dia pujuk jiwa degil aku dengan ayat – ayat kalam Allah. Dia tegur aku dengan sunnah- sunnah Rasulullah.

Syukur, Alhamdulillah. Tuhan dengar doaku. Tuhan makbulkan doaku yang satu itu. Tapi terkadang, terdetik di hati kecilku. ‘Insan ini terlalu baik buat diriku. Insan ini tidak sepatutnya menjadi pembimbing aku. Tidak layak diriku yang hina ini untuk mendampingi dia. Terlalu jauh beza antara aku dan dia! ‘

Tiap kali apabila perasaan itu tiba, segera aku beristighfar. Aku muhasabah diri. Aku bermonolog sendiri. ‘ Bukankah dahulu kau berdoa agar kau dikurniakan seorang insan yang dapat membimbing kau? Bukankah dahulu kau yang minta agar Tuhan hadirkan insan yang dapat memahami kau? Bukankah dahulu kau yang pohon Dia temukan kau dengan insan yang juga sama arah tuju hidupnya dengan kau? Bukankah itu semua doa yang saban hari, siang dan malam kau panjatkan untuk Illahi?’

‘Jadi apa yang tidak kena dengan dirimu wahai manusia? Apa lagi yang membuat kau rasa tidak puas hati? Dah Tuhan makbulkan doa kau, dah Tuhan hadirkan insan seperti doa itu di sisimu, telah Tuhan berikan padamu seorang insan yang boleh menjadi peringatan buat dirimu acapkali kau tersasar dari jalanNya. Telah Tuhan buka pintu hatimu untuk dia, walau untuk setelah sekian lama. Telah Tuhan buka pintu hatinya untuk berada disampingmu. Jadi nyatakan wahai hati, apa lagi yang tidak kena pada jiwamu? ‘ ~~

Setiap doa yang kita panjatkan pada Illahi, insyaAllah akan Dia kotakan. Selagi kita tidak menyerah kalah, selagi kita sentiasa mengingati Dia, insyaAllah akan dia makbulkan setiap satu harapan dan impian kita. Cuma apa yang perlu kita lakukan, sentiasalah berserah dan redha akan ketentuan dan takdirNya. Dia Maha Mengetahui, Maha Menguasai setiap sesuatu.

Setelah kau berdoa, berusahalah. Tawakal dan redha atas apa jua yang Dia telah, atau bakal berikan padamu. Andai doamu telah dimakbulkan Illahi, janganlah pula kau cuba persoalkan cerita yang Dia dah tuliskan untukmu. Dia lebih tahu, kerana Dia yang menciptakan kau dan aku.

“ Percayalah. Yakinlah.
Dia tak pernah salah.
Dia tak pernah rebah.
Kerana itu namaNya Allah. “ =)

p/s:
* maaf atas penggunaan ‘aku-kau’. :)
* maaf, sengaja aku buka topik atas cinta. ^^
* maaf andai tersentuh mana – mana pihak. :)
* cerita hanya sekadar ilusi minda dan hati. ^^

[‘AmyraRamlan.22122011]

Monday, December 5, 2011

Malam Penghargaan PMDS 2011

04122011
Malam Penghargaan PMDS 2011
Engine Square, UiTM Shah Alam

Assalamualaikum~ =)

The best JOURNEY of the event:
Driving to UiTM Shah Alam
with Aisyah Roslan and Alin. =)




The best AIM about the event:
A chance to GATHER with my fellow friends of
Pemimpin Mahasiswa. =)

The best FOOD during the event:
Chicken rice eaten WITH my fellow friends of
Pemimpin Mahasiswa. =)


The best MOMENTO of the event:
HAPPY FACES of my fellow friends of
Pemimpin Mahasiswa. =)

The best SONG of the event:
- Love You Like A Love Song- =)
*cuz seems like everyone was singing and enjoying the song too!*



The best BUDDIES of the event:
SDK-rians of
UiTM Puncak Alam. =)
*never-ending-semangat-keBIROan* =P

“ Semalam mungkin telah jadi takdir.
Esok mungkin takkan hadir.
Hari ini mungkin akan berakhir.
Corak ukiran hidup bukan kita yang ukir.

 Selagi masih ada masa.
Masa untuk bersama mereka.
Jangan pernah sia – siakan usia.
Yang Tuhan setia pinjamkan pada kita. “ =)

[‘AmyraRamlan.Memories.MDS.UiTM.2011]

Saturday, December 3, 2011

Dialog Bersama Dekan ^_^

02122011
Dialog Bersama Dekan
Fakulti Sains Kesihatan
Sesi September 2011 – Januari 2012
DK9, FSK7, UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum~

Won’t say much.
Program DBD ini memang dah countless number of times aku involved.
Al-maklumlah, bertahun – tahun jadi family SMF yang tegar kan.

Terima kasih pada pihak pengurusan Fakulti Sains Kesihatan,
pemimpin – pemimpin persatuan dalaman,
wakil – wakil kelas Diploma dan Degree.
telah jayakan program ini.
Tanpa kalian, kami ibarat buat program syok sendiri. ^_^






CONGRATULATIONS to Nadwah Syafiqah;
Exco Perhubungan & Pengantarabangsaan SMF 2011/2012
selaku Pengarah Program utk DBD kali ini.

Not to forget, THANK YOU to the team;
especially my beloved Extended Family forever; SMF.  =)







Selaku Biro Program & Protokol DBD,
saya mohon ampun andai ada salah dan silap
sepanjang saya ‘menyerabutkan’ kalian dengan program ini.
*Iyelah, Naib Presiden kalian ni kan sangat terperinci orangnya. Haha.* ;)
Maaf juga kerana saya ‘sengaja’ menjadi
pemerhati + pemantau + penasihat tegar untuk kalian.

Saya sayang Extended Family saya. =)

“ Belajarlah untuk berdiri di atas kaki sendiri.
Belajarlah untuk tak bergantung pada tongkat, walau setia di sisi.
Walau langkah mulanya terluka dek onak dan duri.
Walau rasa pertama di jiwa hanya umpama mimpi.

Percayalah, anda akan mampu untuk berlari satu hari nanti.
Kerana Dia yakin anda tabah untuk harungi jalan berliku ini.

Dan bila masa tiba untuk tongkat itu anda lepaskan.
Kenanglah jasa dan baktinya yang dalam genggaman.
Bukan dengan puji setinggi langit di awan.
Tapi dengan meneruskan jejak perjuangan. “

[‘AmyraRamlan.Pejuang.Anak.Bangsa]