Friday, October 21, 2011

Farewell.

16102011
Goodbye, farewell.
Mohd Ashraf Mohd Yusof.

Telah tiba saat waktu kau tinggalkan kami
Kerana takdir Yang Maha Esa telah menetapkan
Sedih rasanya hati ini bila mengenangkan
Kau sahabatku kau teman sejati

Tulus ikhlasmu luhur budimu
Bagai tiada pengganti
Senyum tawamu juga katamu
Menghiburkan kami
Memori indah kita bersama
Terus bersemadi
Kau sahabatku kau teman sejati

Sudah ditakdirkan kau pergi dulu
Di saat kau masih diperlukan
Tuhan lebih menyayangi dirimu
Ku pasrah di atas kehendak Yang Esa

Ya Allah
Tempatkannya di tempat yang mulia
Tempat yang Dikau janjikan nikmat
Untuk hambaMu
Sahabatku
Akan kuteruskan perjuangan ini
Walau kutahu kau tiada di sisi

Perjuangan kita masih jauh beribu batu
Selagi roh masih di jasad hidup diteruskan
Sedih rasa hati ini mengenangkan dikau
Bagai semalam kau bersama kami

Moga amanlah dan bahgia dikau di sana
Setangkai doa juga Fatihah terus kukirimkan
Moga di sana kau bersama para solihin
Kau sahabatku kau teman sejati
(KauSahabatKauTeman)


Assalamualaikum.

To bloggers, readers, friends and family.
If you are reading this,
tolong sedekahkan Al - Fatihah
buat seorang sahabat baik aku
yang telah pulang ke rahmatullah
pada 16 Oktober 2011 yang lepas.

raya 2010 di rumah arwah. =')

pertemuan kami yang terakhir kali.


To Acap Wangi,
~I know, kau takkan baca blog aku lagi.
Aku tahu, kau takkan datang bila aku perlukan kau.
Aku tahu, aku takkan dengar lagi dah gelak tawa kau.
Aku tahu, aku takkan dapat cari kau lagi saat aku perlu nasihat kau.

Tapi tak apa.
As long as, sekarang aku tahu kau tak derita dah.
Aku tahu, kau pernah cakap yang kau dah ready nak 'pergi'
sebab kau dah terlalu tak tahan tanggung sakit.
Aku tak rasa apa yang kau rasa, Acap.
Aku takkan pernah faham.

Acap.
Tulus hati seorang 'Amyra Ramlan,
yang dulu kau panggil Myra Bucuk.
Aku nak minta maaf pada kau.
Sebab aku tak dapat sentiasa ada di sisi kau
waktu kau sedang bertarung dengan sakit kau.
Maafkan khilaf seorang sahabat, Acap.

Acap.
Aku nak cakap terima kasih.
Kalau mampu setinggi gunung,
kalau mampu sedalam lautan,
kalau mampu sejauh semesta,
sebegitulah ucapan terima kasih
yang aku nak smpaikan pada kau.
Kau dah terlalu banyak tolong aku.
Kau dah banyak bagi nasihat pada aku.

Pernah aku rasa putus asa,
kau marah aku.
Kau cakap aku tak selemah itu.
Pernah aku rasa sakit,
kau bagi semangat.
Kau cakap aku mampu hadapi dugaan Tuhan.

Thanks Acap.
Kau sahabat yang baik.
Sahabat yang memahami.
Pemimpin yang amanah.

Dan untuk selamanya Acap,
kau tetap akan ada dalam ingatan dan doa
seorang 'Amyra Ramlan.
InsyaAllah. ~

16102011

hikmah pertemuan dalam perpisahan.


" Ya Allah,
syukur ini aku panjatkan untukMu.
Terima kasih Tuhan,
sebab telah Kau hadirkan dia dalam hidup kami
walau untuk sementara.
Terima kasih ya Allah,
sebab telah Kau pinjamkan
kebahagiaan nilai sebuah persahabatan
dalam hati - hati kami. "

~ Pemergian arwah seolah - olah
penyambung silaturrahim antara kami.
Sejak sekian lama kami nak berkumpul
selepas kali terakhir kami bekerja bersama,
takdir Tuhan menentukan bahawa
kami dapat peluang pertemuan itu
pada hari arwah meninggalkan kami. ~

- Ini permulaan kehidupan baru bagi yang pergi.
Ini peringatan kekal buat yang masih di bumi. -

['AmyraRamlan.Farewell.AshrafYusof]

Thursday, October 20, 2011

MOSSE 2011

16102011
' Marathon : Run For Sight '
UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum...
Hai kawan - kawan!
Sihat hari ini?
Maaflah ye, sebab ambil masa terlalu panjang untuk update blog kesayangan ni.
Al - maklumlah, tugas hakiki sebagai pelajar sepenuh masa
memang membataskan aku
untuk sentiasa update blog terchenta..
Hehe..=D

Well, few days back. Mr. Mizi a.k.a Presiden NADA aku tuh jumpa aku dengan membawa sepucuk surat cinta dari pihak OPTIMIST : Optometry Students' Association of UiTM Puncak Alam. Kata surat tu, nak wakil 10 orang from each courses of FSK to be a part of their program. Jadi peserta marathon. Macam best kan?

Pada mulanya, memang macam tak ada siapa pun yang nak join.
But bila seorang dah mula nak join, makin ramai pulak.
Sudahnya, dari hanya nak 10 orang,
NADA managed to send 21 participants.
Untunglah NADA semuanya berSEMANGAT katanya! ^_^




Aku pun termasuklah golongan yang konon jual mahal tak nak spend weekend di kampus.
*Kononlah kannn~*
Tapi sudahnya, dah alang - alang terfikirkan diri sendiri yang sangat susah nak bersenam, aku pun sign up. Semangat lebih menjadi - jadi sebab geng - geng class dah bagi hati aku membara nak jog. HAHA.
*Sengal lah kau, Myra!*

Seronoklah. Sungguh. Tak tipu.
Dah lama tak release stress dengan bersenam.
Well, I guess it's a sign for myself lah kot.
Kena banyak keluar rumah bersenam nie~~ =D

But lepas penat lelah bersenam tu,
sedang aku dok riuh gelak ketawa dengan classmates,
*padahal dalam program orang*
I received a bad news.
Taklah bad. Cuma shocking news.
Nanti aku cerita dalam next entry.

Cuma nak end up this one,
THANKS to my classmates
yang benar - benar buat aku bahagia hari itu.
Alhamdulillah. =)
THANKS a bunch to OPTIMIST
sebab sudi jemput kami.
Lain kali, jangan lupakan NADA lagi ye! =)

['AmyraRamlan.MOSSE2011]

Saturday, October 15, 2011

My extended family. Permanent.

Date: Undefined.
Place: As far as these legs can reach.
Extended family: SMF FSK 2011/2012

Assalamualaikum...
Hey peeps!
Aku tak nak cerita panjang,
cuma nak bagi kalian tengok gambar.
Let the pictures speak the words unspoken.
Sebab kadang - kadang,
ada perkara yang tak dapat kita ucapkan dengan kata - kata.
Kadang - kadang,
ada perasaan yang tak dapat nak diluahkan melalui susun ayat semata - mata. =)

me, mas, azie, syu, thaqif

in the process of setting up MPG


naim, abg shuk, mas, syafiqah, syu, jibam, thaqif

Dari bilik gerakan terchenta,
kami mula mengenali satu sama lain.
We work together, nak teruskan perjuangan anak bangsa.
At least I know, family ini sama niat juang mereka dengan aku. =')

Work, leisure.
Stress, pleasure.
Segalanya kami rasa sama - sama.
Tak ada kurang di mana - mana pun.


dinner + movie time out =)

sungguh. saya sayang kalian. <3


Jangan tanya macam mana aku boleh sayang sangat kat mereka ni.
Sebab aku sendiri tak tahu dari mana perasaan sayang tu datang.
But one thing for sure,
it's WORTH to have a PERMANENT EXTENDED FAMILY like them. =)


di tanjung harapan. =)

naim. 'azizah. =)
he's not a part of SMF.
but he's a part of my family. (:

" Love.
It can be undefined sometimes,
when you just can't find the best word to say it out.
It can worth thousand of smiles,
even when the journey gets rough. "

That's what family is all about.
And these FANTASTIC people,
they are just my EXTENDED FAMILY. PERMANENT. =)

['AmyraRamlan.Family.SMF]

Friday, October 14, 2011

Subway Story ^_^

10102011
Subway
Tesco Setia Alam
*SMF siblings*


Assalamualaikum.
Hey readers!
Kalau korang stress or tension kan, apa korang buat eh?
Aku rasa macam – macam cara ada kat dunia ni kalau kita nak release stress kan.
Terpulanglah korang nak guna cara apa sekalipun,
asalkan jangan buat perkara – perkara yang haram atau salah
di sisi undang – undang negara mahupun agama ye. ^_^

Siti Mashasanah & 'Amyra Ramlan

Khairull Azwan & Syuhadatul Asyikin

Puteri Nur Aqiliah & Mohd Thaqif

Nurul'Azizah


For the seven of us,
‘Azizah, Puteri, Syu, Mas, Jibam, Thaqep and me,
haritu sanggup redah jalan punya jauh semata – mata nak cari lunch.
*Memanglah Tesco Setia Alam tu taklah jauh mana,
tapi kalau setakat nak lunch, agak hebatlah kami di situ. Haha!* =P
Tensed punya pasal
+ ‘Azizah addicted to Subway
+ angan konon – konon bakal Dietitian mantap,
sudahnya we concluded that we were having lunch at Subway.

Sekian. Cerita hanya sekadar perkongsian.
Nak bagitahu orang ramai, kami keluarga bahagia. =D

[‘AmyraRamlan.Subway.SMF]

Tuesday, October 11, 2011

" Fiesta Nostalgia " ^_^

08102011
" Fiesta Nostalgia "
Faculty of Pharmacy,
UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum...
Hey readers!
SIhat tak hari ini? Well, I do hope your last weekend is filled up with sunshine, glittering stars, smiles and laughters. We can never repeat life, right? So live it while you can. =)




 
Well, last  Saturday, some of my classmates and I were invited to join a program organized by Society of Pharmacy Students (SOPHYS) di Fakulti Farmasi. Syamimi, Anis Amirah, 'Azizah, Ismarini, Rosshaniszan, Kak Rasyidah and me myself were invited untuk jadi Pengadil Jemputan bagi games diorang. Basically, " Fiesta Nostalgia " is some sort of induction bagi Pharmacy students of UiTM Puncak Alam. Sesi suai kenal lah lebih kurang. Alang - alang adik - adik baru masuk, abang dan kakak kena kenal - kenal juga kan.. =)




 
TOTALLY FANTASTIC!
That's the first thing that I can say. Sangat superb program diorang.
Memang aku salute SOPHYS.
Students of Part 1, 3, 5, and 7 turun padang beramai - ramai untuk jayakan program itu.
(That's what I've been informed).
Aku and 'Azizah dipertanggungjawabkan untuk jadi pengadil galah panjang.
Memang awal - awal lagi aku dengan 'Azizah dan main dulu. Haha! =D



 
Towards the end of the program, aku, 'Azizah and Ismarini sempatlah mengambil masa dan peluang untuk canting batik.
(The rest dah balik time ni).
Tersangatlah suka kami dapat canting batik tu, agak release stress di situ ye. Hehe. Initially kami tak 'master' cara nak canting batik, memang tak dapatlah nak berangan dapat 'pHd' canting batik kann? =P
But in the end, aku and Rini dapat jugak canting batik tema NADA.
* Gila, semangat NADArians lah katakan! *
'Azizah pun dapat create another version of batik yang sangat sweet. =)





To SOPHYS,
THANK YOU so much sebab jemput kami.
Diharapkan ukhuwah yang terjalin dalam masa sehari itu akan sentiasa berkekalan.
InsyaAllah.
Lain kali jemput kami lagi ye! =)

" Getting to know human is like a piece of art.
You have to get close and look closely into their hearts.

You'll find precious friendship hidden
behind the common faces, indeed. "

['AmyraRamlan.GetConnected]

Sunday, October 9, 2011

HuruHara + RiuhRendah + CeritaCinta SMF & MPG 2011

Date: Undefined
MPG preparation in progress
Bilik Gerakan SMF FSK – Puncak Alam - Meru – Klang – Shah Alam…
Plus anywhere on Earth lah! =D

Assalamualaikum…
Salji turun mencurah – curah ke dataran FSK6!
Sejuk gila dah kat FSK tau!
Bilik Gerakan SMF dah dilitupi salji, ice cube, iceberg,
segala adik – beradik ice lah!
SMF’s family dah beku, pakai baju lapis – lapis!
*Okay. Maaf. Aku je yang excited terlebih. =.="
Pastu, semua statement di atas adalah rekaan semata – mata. *

Kalau salji turun betul – betul kat Malaysia, aku akan jadi speechless.
Tapi mana tahu, ciptaan Allah bukan untuk kita sangkal kan? =)
Adik – beradik SMF, korang kena sokong ‘Amyra Ramlan sekarang.
Ala, dah tahu. Korang pun EXCITED sama je like I do, right? =D

handsome tak lelakisalji kami? haha. =D

So to readers, bloggers, and friends yang tengah macam tak faham aku merapu apa sekarang ni, meh sini aku nak bagitau. This year, for our faculty’s Pre Graduation Night a.k.a ‘Malam Pra Graduan’ (MPG), the theme will be ‘Winter Wonderland’. Dah macam – macam idea dah masuk kepala otak kami masing – masing. Sudahnya, keluarlah Inche LelakiSalji (Mr. Snowman) di foyer FSK6 UiTM Puncak Alam. Ha, puas hati? Dah sebijik orang salji kitorang buat tau! Nak bukti apa lagi untuk mengesahkan yang MPG ni will be GRAND? =D

gigih buat kerja!~ =D

merata - rata dalam bilik gerakan kami tu diorang duduk buat kerja.. hee~

ada orang cakap, kami bertiga muka fotostat, macam adik beradik.
kalau ye pun, aku lagi suka! =)

aku and bad; pengarah MPG FSK 2010.
*orang hebat ni!*

Well, InsyaAllah. Kitorang tengah berusaha sehabis baik + sopan + sabar untuk memastikan even ini akan berjalan dengan lancar dan mantap! =)
Doa –doakan semoga persiapan event ini takkan ada masalah yang tak mampu kitorang tanggung ye.

Just to share the details for the event:

Malam Pra Graduan & Majlis Apresiasi Kecemerlangan 2011
Date                     : 21st of October 2011
Venue                  : De Palma Hotel, Shah Alam
Theme                 : Winter Wonderland
Dress code           : White + Blue

To FSK students, spread the news with love ya!

pokok krismas handmade.
siapa kata FSK tak kreatif? ^_^

kitorang tampal tampal salji.
korang ada? =D

abg shuk and 'azizah;
dua orang paling kreatif bab2 seni dalam family SMF. =)

kePOYOan melanda.
MAAFkan kami sebab terlalu EXCITED! =D


Siapa kata mahasiswa dan mahasiswi FSK tak kreatif dan berbakat kan? =D

To my fellow SMF siblings, just keep on going okay?
I know, memang kita face sangat banyak masalah.
Tapi, jangan focus kat masalah tu sampai stress, sakit segala tau.
Cuba cari solution. Kalau kita sama – sama fikir,
InsyaAllah kita akan dapat jawapan pada setiap persoalan kita.
Ala, lagipun we do have faith kan?
I am confident kita mampu jalankan event ni!
Allah takkan duga kalau kita tak mampu.
Bersyukurlah, Allah masih nak beri kita
peluang merasai macam – macam dugaan.
Dan Allah bagi dugaan sebab Dia sayang kita.
Dia nak kita sentiasa ingat padaNya.
Untung tak kita? =)


“ Lead while you still have the power.
Allah nak ajar kita disiplinkan naluri.
Follow whenever you think you need to.
Allah nak ajar kita merendah diri.

Share whatever knowledge you have.
Allah nak ajar kita tak riak dengan kelebihan Dia bagi.
Teach when you know you are right.
Allah nak ajar kita supaya reti jaga saudara sendiri.

Keep quiet when you seem to lose control.
Allah nak ajar kita kawal diri dan hati.
Smile whenever you feel like crying.
Allah nak ajar kita kenal erti meredhai.

Respect people even when they know nothing.
Allah nak ajar kita menghargai agar dihargai.
Turn to Him whenever you feel like you lose courage.
Allah nak ajar kita sebenar –benar erti beriman dengan hati. “ =)


*p/s: I apologize for the usage of ‘aku’ and ‘kitorang’.
I am just being me in writing the pieces of my mind. =)

[‘AmyraRamlan.Believe.]

Monday, October 3, 2011

Jiran tetangga ajak makan! =D

01102011
“ Majlis Ramah Mesra PAF2K “
Fasa 2 (Zon K), Bandar Puncak Alam

Assalamualaikum…
Hey fellas! How was your day?
Kalau hari tak good, senyum je lah ye kawan – kawan.
Senyum itu kan penawar duka.. =)
Kalau keluar rumah pagi tadi tak sapa housemates,
balik rumah nanti borak – borak lah ye.
Mana tahu, esok dah tak jumpa mereka. =)
Kalau tak tegur jiran tetangga lagi hari ini,
keluarlah dari rumah kejap, ucap salam kalau nampak jiran.
Mana tahu, entah – entah esok jiran pindah,
tak sempat nak berkenalan. =)
*Peringatan untuk diri aku jugak~*

So, entry kali ini, aku nak tanya. Korang tahu tak PAF2K itu apa?
Aku baru tahu, masa sama –sama join event kat area rumah sewa aku ni, walaupun dah dekat setahun aku duduk area ini. *Memang nampak sangat aku tak prihatin. Isk!*
PAF2K = Puncak Alam Fasa 2 Zon K. Dapat?

Rukun tetangga sengaja nak buat jamuan makan – makan, untuk update bilangan penduduk setempat, combine sekali dengan jamuan raya, walaupun hakikatnya dah masuk bulan Zulkaedah. Tapi bagus jugak diorang buat jamuan ni. Dapatlah kenal – kenal jiran, rakan – rakan UiTM yang duduk dekat – dekat. Sebab aku sendiri akui, aku pun jarang bertegur sapa dengan orang sekeliling.


housemates: 'azizah & yaya

housemates: sakinah & wiwi

roomate: hairani


Nothing much to share, biasalah jamuan makan, ada entertainment such as karaoke, lucky draw (which was dominated by UiTM students. Murah rezeki malam itu! Syukur~), makanan yang sangat best, plus char kuey teow yang sampai kena beratur sebab totally sedap! Hehe..



'azizah dan char kuey teow yg tekad dia beratur panjang tuh~ =.="
but worth it, SEDAP! =)


All in, malam itu sangat best. Membuka mata hati aku untuk menyedari yang hidup berjiran ni bukan sekadar tahu kita ada jiran, tapi kena acknowledge kehadiran jiran tetangga. Yelah, kalau ada emergency cases ke, nak balik kampung ke, nak minta tolong apa – apa ke, kena ada bantuan jiran juga kan? Kat hometown sendiri, aku practice amalan beramah mesra dengan jiran. Tapi kat rumah sewa ni, belum sempat lagi.
‘Usahalah lebih sikit Myra oi!’. =D

Terima kasih jiran tetangga Zon K.. Maaflah kami tak membantu di dapur.. Tak tahu pun nak masak – masak jam berapa siangnya tu.. =(
Lain kali kami bantu ye Encik, Puan, Abang, Kakak! =)


“ Buka mata. Tengok tiap ruang tepi.
Buka hati. Cuba rasa dan hayati.
Buka minda. Cuba teliti dan fahami.
Bicara alam perlu kau perhalusi.
Mana tahu, kau akan mengerti.
Sedikit pesanan Dia nak bagi. “ =)

[‘AmyraRamlan.Cuba.Nak.Faham.Alam]