Wednesday, December 21, 2011

Cinta itu Dia yang beri. =)

21122011
~ Syukur.DIA masih beri CINTA. Dia masih kekal SETIA. ~

Berkata – kata tentang rasa cinta. Mungkin cerita di bawah ini tidak memberi apa – apa manfaat. Aku khabarkan siap – siap, sebab panjang karangan aku kali ini. Jadi kalau rasa tak sanggup untuk baca, tak mengapa. Andai cerita ini membawa manfaat, syukur. Dan jika anda dapat mentafsir maksud tersurat dan tersirat di sebalik cerita ini, berterima kasihlah kepada akal dan fikiran anda sendiri. =)

~~ Aku tak sempurna. Saban hari aku berdoa, agar Allah kurniakan aku cinta yang dapat bimbing aku menuju jalanNya. Moga aku juga mendapat tempias rahmat hambaNya yang sentiasa mencari redha Illahi. Cumanya, aku ini masih lagi bertatih. Tiap kali langkah aku buka, tiap kali itu juga acapkali aku terjatuh; rebah mencium bumi. Jadi aku mahu cinta yang fahami aku, ya Allah. Aku mahu cinta yang nampak usaha aku yang perlu masa, yang belum mampu lagi untuk berlari di jalanMu. Hadirkanlah padaku insan yang dapat membimbing aku dengan kefahaman aku, bukan dengan taksubnya dia untuk mengubah aku.

Satu tika, telah Dia makbulkan doa yang aku panjatkan untukNya. Dia hadirkan aku seorang insan yang baik budi pekertinya, yang santun bicaranya, yang senang aku mendampinginya. Orangnya tidaklah taksub untuk menarik dan memaksa aku menuju jalan keredhaan. Tapi dia ambil masa untuk kenali aku. Dia cuba kenali cara hidupku, kenali sifat – sifat diriku. Kebetulan, Tuhan buka mata hati aku untuk dia pada ketika dia juga sedang dalam perjalanannya sendiri, mengejar dan mencari kasih Illahi. Dan dengan perlahan, dia kongsi ilmu yang dia ada bersama aku. Sedikit demi sedikit, dia fahamkan aku tentang indahnya cinta Allah pada hambaNya yang taat setia. Dia tak pernah memaksa. Dia pujuk jiwa degil aku dengan ayat – ayat kalam Allah. Dia tegur aku dengan sunnah- sunnah Rasulullah.

Syukur, Alhamdulillah. Tuhan dengar doaku. Tuhan makbulkan doaku yang satu itu. Tapi terkadang, terdetik di hati kecilku. ‘Insan ini terlalu baik buat diriku. Insan ini tidak sepatutnya menjadi pembimbing aku. Tidak layak diriku yang hina ini untuk mendampingi dia. Terlalu jauh beza antara aku dan dia! ‘

Tiap kali apabila perasaan itu tiba, segera aku beristighfar. Aku muhasabah diri. Aku bermonolog sendiri. ‘ Bukankah dahulu kau berdoa agar kau dikurniakan seorang insan yang dapat membimbing kau? Bukankah dahulu kau yang minta agar Tuhan hadirkan insan yang dapat memahami kau? Bukankah dahulu kau yang pohon Dia temukan kau dengan insan yang juga sama arah tuju hidupnya dengan kau? Bukankah itu semua doa yang saban hari, siang dan malam kau panjatkan untuk Illahi?’

‘Jadi apa yang tidak kena dengan dirimu wahai manusia? Apa lagi yang membuat kau rasa tidak puas hati? Dah Tuhan makbulkan doa kau, dah Tuhan hadirkan insan seperti doa itu di sisimu, telah Tuhan berikan padamu seorang insan yang boleh menjadi peringatan buat dirimu acapkali kau tersasar dari jalanNya. Telah Tuhan buka pintu hatimu untuk dia, walau untuk setelah sekian lama. Telah Tuhan buka pintu hatinya untuk berada disampingmu. Jadi nyatakan wahai hati, apa lagi yang tidak kena pada jiwamu? ‘ ~~

Setiap doa yang kita panjatkan pada Illahi, insyaAllah akan Dia kotakan. Selagi kita tidak menyerah kalah, selagi kita sentiasa mengingati Dia, insyaAllah akan dia makbulkan setiap satu harapan dan impian kita. Cuma apa yang perlu kita lakukan, sentiasalah berserah dan redha akan ketentuan dan takdirNya. Dia Maha Mengetahui, Maha Menguasai setiap sesuatu.

Setelah kau berdoa, berusahalah. Tawakal dan redha atas apa jua yang Dia telah, atau bakal berikan padamu. Andai doamu telah dimakbulkan Illahi, janganlah pula kau cuba persoalkan cerita yang Dia dah tuliskan untukmu. Dia lebih tahu, kerana Dia yang menciptakan kau dan aku.

“ Percayalah. Yakinlah.
Dia tak pernah salah.
Dia tak pernah rebah.
Kerana itu namaNya Allah. “ =)

p/s:
* maaf atas penggunaan ‘aku-kau’. :)
* maaf, sengaja aku buka topik atas cinta. ^^
* maaf andai tersentuh mana – mana pihak. :)
* cerita hanya sekadar ilusi minda dan hati. ^^

[‘AmyraRamlan.22122011]

Monday, December 5, 2011

Malam Penghargaan PMDS 2011

04122011
Malam Penghargaan PMDS 2011
Engine Square, UiTM Shah Alam

Assalamualaikum~ =)

The best JOURNEY of the event:
Driving to UiTM Shah Alam
with Aisyah Roslan and Alin. =)




The best AIM about the event:
A chance to GATHER with my fellow friends of
Pemimpin Mahasiswa. =)

The best FOOD during the event:
Chicken rice eaten WITH my fellow friends of
Pemimpin Mahasiswa. =)


The best MOMENTO of the event:
HAPPY FACES of my fellow friends of
Pemimpin Mahasiswa. =)

The best SONG of the event:
- Love You Like A Love Song- =)
*cuz seems like everyone was singing and enjoying the song too!*



The best BUDDIES of the event:
SDK-rians of
UiTM Puncak Alam. =)
*never-ending-semangat-keBIROan* =P

“ Semalam mungkin telah jadi takdir.
Esok mungkin takkan hadir.
Hari ini mungkin akan berakhir.
Corak ukiran hidup bukan kita yang ukir.

 Selagi masih ada masa.
Masa untuk bersama mereka.
Jangan pernah sia – siakan usia.
Yang Tuhan setia pinjamkan pada kita. “ =)

[‘AmyraRamlan.Memories.MDS.UiTM.2011]

Saturday, December 3, 2011

Dialog Bersama Dekan ^_^

02122011
Dialog Bersama Dekan
Fakulti Sains Kesihatan
Sesi September 2011 – Januari 2012
DK9, FSK7, UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum~

Won’t say much.
Program DBD ini memang dah countless number of times aku involved.
Al-maklumlah, bertahun – tahun jadi family SMF yang tegar kan.

Terima kasih pada pihak pengurusan Fakulti Sains Kesihatan,
pemimpin – pemimpin persatuan dalaman,
wakil – wakil kelas Diploma dan Degree.
telah jayakan program ini.
Tanpa kalian, kami ibarat buat program syok sendiri. ^_^






CONGRATULATIONS to Nadwah Syafiqah;
Exco Perhubungan & Pengantarabangsaan SMF 2011/2012
selaku Pengarah Program utk DBD kali ini.

Not to forget, THANK YOU to the team;
especially my beloved Extended Family forever; SMF.  =)







Selaku Biro Program & Protokol DBD,
saya mohon ampun andai ada salah dan silap
sepanjang saya ‘menyerabutkan’ kalian dengan program ini.
*Iyelah, Naib Presiden kalian ni kan sangat terperinci orangnya. Haha.* ;)
Maaf juga kerana saya ‘sengaja’ menjadi
pemerhati + pemantau + penasihat tegar untuk kalian.

Saya sayang Extended Family saya. =)

“ Belajarlah untuk berdiri di atas kaki sendiri.
Belajarlah untuk tak bergantung pada tongkat, walau setia di sisi.
Walau langkah mulanya terluka dek onak dan duri.
Walau rasa pertama di jiwa hanya umpama mimpi.

Percayalah, anda akan mampu untuk berlari satu hari nanti.
Kerana Dia yakin anda tabah untuk harungi jalan berliku ini.

Dan bila masa tiba untuk tongkat itu anda lepaskan.
Kenanglah jasa dan baktinya yang dalam genggaman.
Bukan dengan puji setinggi langit di awan.
Tapi dengan meneruskan jejak perjuangan. “

[‘AmyraRamlan.Pejuang.Anak.Bangsa]

Thursday, December 1, 2011

Majlis Penyerahan Bendera SAF 2011

30112011
Majlis Penyerahan Bendera
Sukan Antara Fakulti (SAF) 2011
Fakulti Sains Kesihatan
DK500, Fakulti Farmasi
UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum…
Heyya there! How’s life? Aku macam biasa, makan-tidur-mandi-mimpi semuanya dibayangi assignments bertimbun, test berderet. =.=”

So, last Wednesday, Majlis Penyerahan Bendera untuk SAF. Three years of hidup-mati-untuk-SMF, inilah kali pertama ada majlis seumpamanya di fakulti aku; atas hasil permintaan Dr. Hanafi: - Timbalan Dekan HEP tersayang. =)
My extended family and I pun dengan penuh semangat menyahut seruan Dr. Hanafi, katanya majlis sebegini dapat menaikkan semangat para atlit. Katanyalah. Kata kami; “ Ye. Kerja bertambah satu lagi.”



It’s okay. I got used to program-turun-dari-langit. Kind of. Cumanya, kesian kat Pengarah Program SAF; Aizuddin a.k.a Cutey. Beliau yang serabut.

As for SAF, aku diberi amanah untuk memegang jawatan Ketua Exco Pengurusan Atlit. Erk. Besar tanggungjawab itu. “ Yakinlah kau mampu, Myra. InsyaAllah, Tuhan itu kan sentiasa ada untuk hambaNya.” Dengan semangat bahawasanya Allah itu sentiasa membantu hambaNya yang berserah padaNya, aku pun ambillah tugas itu.
Cutey percayakan aku, dan yang paling penting,
Tuhan tahu aku mampu. InsyaAllah. =)

During Majlis Penyerahan Bendera, I was the Master of Ceremony (MC). Habis class, terus rush to DK500. Dengan tak rehearsal bagai, aku hentam je review teks ucapan aku sekali imbas. Fuh.  -.-‘
Nervous. Dah lama tak jadi MC. The last time was during Malam Istikharah Merdeka (MIM) back in August 2010, I guess.



All in, Alhamdulillah. We got a VERY POSITIVE feedback from the VVIPs, VIPs, and the audiences. Para atlit, para pengurus pasukan, para sukarelawan; they were superb. Syukur. Syukur. Syukur. ^_^V

“ Our COURAGE is your WEAKNESS ! “
*moto FSK utk SAF 2011*

[‘AmyraRamlan.SAF2011]

Wednesday, November 30, 2011

Peringatan 1433H. =')

Bersabarlah dalam dugaan tak sudah.
Beristiqamahlah dalam perjuangan, jangan kalah.
Redhailah ketentuan dalam resah dan gundah.
Senyumlah walau terluka dan parah.

Kerana tak semua hati mampu kau jaga.
Kerana lumrah hidup, hentiannya merata - rata.
Kerana diri kau tetap ada batasan tenaga.
Kerana sesungguhnya, hidup matimu untuk Dia.

Syukurlah masih kau rasa sakit dan lelah.
Moga sedikit dosamu terhapus sudah.
Syukurlah masih ada pihak menduga hati.
Moga kesabaran dirimu terdidik tak henti.

Syukurlah masih kau rasa sayang dan cinta.
Moga dirimu kenal siapa selayaknya saudara.
Syukurlah masih kau rasa kasih Illahi.
Moga redhaNya sentiasa menemani.

" Tuhan tak duga kalau kita tak sedia.
Tuhan duga supaya iman kita naik grafnya.
Asalkan hati pasrah dan berserah dengan redha.
InsyaAllah, kasihNya membawa ke syurga. "

* created and written
by 'Amyra Ramlan  on 20102011.
in memories of what happened on 29112011.
feels like it's suitable for current condition.
Tuhan sayang kita. InsyaAllah.*

['AmyraRamlan.Peringatan1433H]

Sunday, November 27, 2011

PRO-ICAT 2011

26112011
Accessible Tourism Promotes National Development
(PRO-ICAT)
Sunway Pyramid

Assalamualaikum~
hey fellas! in this post, aku cuma nak share experience aku as volunteer kat program di sunway pyramid last satrurday.. at first, memang agak reluctant nak pergi.. sebab faham-faham ajelah, organizer aku memang memanjang penuh! hee~ =D but before cuti mid sem lagi, memang dewi dah beria sangat ajak aku and 'azizah untuk join, sebab before this ada event volunteering yang kami tak dapat nak join.. so aku and 'azizah pun isi lah form online, got the feedback and we went to sunway. =)

what so special about this program is, it promotes tourism which is accessible untuk OKUs.. yelah, they deserve to live life like us right? plus, ada exhibition and sales from these people yang sangat-sangat special!=)

the four of us; dewi, 'azizah, suraya and me gerak around 7 am in the morning, naik wakjojo si yaya.. baru je tak jauh mana, tiba-tiba kereta buat perangai.. agak risau di situ.. nasib lah leman a.k.a bf yaya datang to the rescue.. *tapi bukanlah rescue sangat, sebab kereta tu baik je!*

we conclude, Allah nak uji..
sama ada kitorang akan teruskan perjalanan,
or give up and turn back instead..
-PengajaranPertama- =)

sampai-sampai kat sunway pyramid, rupa-rupanya we were among the earliest yang sampai..
registered ourselves, grab our shirts, changed, and we get to work..
dewi and yaya were stationed in biro program..
ziza and me, we were stationed in biro logistik..
mula-mula agak tak ada kerja, sebab terlalu banyak heavy works, yang sesuai untuk dilaksanakan oleh kaum adam sahaja.. so aku and ziza tolong the exhibitors kemas barang-barang diorang..


CL2 : Micheal Jackson + Super Junior ^_^

tarian 1 Malaysia dari adik-adik istimewa. =)

persembahan untuk sang maharaja..
CUTE!
p/s: akak tak mampu nak berzapin macam adik! =.="


their NOBODY performance sangat hebat!
(sampai aku and ziza pun menari-nari di situ!) =D

adik - adik istimewa =)
(various conditions)

MAB : they are blind, but that doesn't stop them from having the superb dance step ever!

then, program start dengan performances from them.. it was a dance competition actually..  to tell you the truth, THEY WERE AMAZING!! kalau aku nak perform like they do, memang tak setanding laa.. aku terpegun tengok diorang yang sangat bersemangat, sangat bersungguh-sungguh.. eventhough diorang ada kekurangan, tapi diorang tak give up..  diorang bersyukur dengan apa yang Tuhan bagi pada diorang.. kita bersyukur tak macam mereka?
-PengajaranKedua- =)

tin kosong.
kalau kita buang merata.
mereka hasilkan cenderamata. =)


lepas pertandingan tu, break. berpeluanglah jugak nak survey barang-barang kat gerai diorang.. memang aku speechless.. hasil tangan diorang tersangatlah halus dan kreatif.. agak segan di situ, sebab aku pun tak sekreatif diorang.. yang paling penting, diorang guna kelebihan yang diorang ada untuk move on with life, rather than just sit and be pathetic.. yang kita ni, Allah bagi cukup anggota pun kadang-kadang merungut kan?
-Pengajaran Ketiga- =)

she may be handicapped.
tapi lenggang lenggok dia dengan lagu PENASARAN
bisa menyentuh jiwa seyh! =D

she can't walk.
tapi persembahan TERLALU ISTIMEWA beliau
berjaya buat aku menitiskan air mata. =')

then, around noon, ada pertandingan karaoke pulak.. suara diorang, memang ada antaranya kalah artis terkenal tau! hehe.. tanpa sedar, ada antara persembahan diorang sangat menyentuh hati aku.. ada performers yang sanggup beli baju baru, dress up cantik-cantik, make up lawa-lawa, walaupun diorang ada kekurangan.. tapi diorang tak kisah, diorang tak hiraukan kata orang, diorang keluar ke khalayak ramai and proves that THEY WORTH THEIR LIFE.. kita hargai tak hidup kita macam diorang?
-PengajaranKeempat- =)

around almost 6pm baru kami minta diri to go back.. walaupun actually program sampai ke malam.. but we have to head back home, sebab banyak lagi kerja-kerja kami yang masih tertangguh..

all in, aku sangat bersyukur sebab diberi peluang untuk jadi volunteer program ni.. on the surface, mungkin apa yang kalian nampak hanyalah penat, buang masa, buang tenaga, berkorban ruang untuk siapkan assignment segala bagai.. tapi bagi mereka yang dapat lihat disebaliknya, banyak sebenarnya hikmah Tuhan nak tunjuk.. sama ada kita mampu melihat, atau tidak sahaja.. aku sendiri tak kata aku bagus, cuma dengan linangan air mata sejurus selepas pulang dari program itu, pengajaran-pengajaran di atas yang aku dapat.. betapa sebenarnya kadang-kadang kita alpa dalam mensyukuri nikmat Allah, betapa sebenarnya kadang-kadang kita leka dengan keindahan ciptaan Allah.. Istighfar~

me and ziza
*pic credit to nurul'azizah


^_^
pic: credit to nurul'azizah

i am in the zone!
pic: credit to nurul'azizah

thousands of THANK YOU to
Dewi Alliana Ramli,
Nurul'Azizah Haji Sulaiman,
Suraya Zainol Abidin
for the amazing journey! =)

Untuk hari terakhir 1432H,
aku pelajari yang hidup ni cuma sementara.
Kalau kita tak hargai, kita yang rugi.
Kalau kita tak syukuri, nanti Allah tak beri lagi.
Kalau kita tak jalani, kita takkan kenal erti berlari.

Tahun aku jumpa jalan berserah.
Tahun hidup berputar 360 darjah.
Tahun diri tak lagi tiada arah.
Selamat Tinggal 1432H.


['AmyraRamlan.1432H]

Tuesday, November 22, 2011

The story starts and ends at the 360 degree turn.

For some people, their life is just ordinary.
There is nothing awesome to talk about, nothing special to share about.
For some other people, their life is challenging.
Every new day comes with countless obstacles and problems to solve.

So, which life do you prefer?

What if, one day, you realized that you have to change your life?

If you choose to go down the road not taken,
you may not know what lies along the way.
Will you take that road,
or are you too afraid to go through uncertainty?

If you choose to stay and walk the road everyone is taking,
you may never know the treasures on the road not taken.
Will you stay and be normal plain,
or are you brave enough to splash some paint?

If you accept your life with ease,
people’s talk and perception may always cloud up your bright sky.
Will you ignore them and just live life,
or are you too weak and just wait for the rain to pour down?

If you keep on whining and complaining about your life,
people may always feel sorry for you.
Will you just hide in the corner and be pathetic,
or are you strong enough to search for your rainbow back?

For me, my life met its turning point at the 360th degree.
A part of it ends while another begins.
Syukur, Alhamdulillah.
Thank You, Allah.
=’)

[‘AmyraRamlan.360TurningPoint]

Script of Life

There are certain takes in life
 that may not need to be scripted.
Spontaneously, your words
 will come out too good to be true.
There are certain chapters in life
 that may not need to be rehearsed.
Spontaneously, you will act
 accordingly to the situation.

For those who have faith,
they will never judge God’s decision-making capability.
For those who have faith,
they will not complaint; they comply instead.
For those who have faith,
they will not whine; they celebrate and smile instead.
For those who have faith,
they accept challenges and turn them into miracles.
For those who have faith,
they push aside their sorrow into the drain.
For those who have faith,
they stay happy with the pouring rain and shining sun.
For those who have faith,
they cry in amazement of God’s creation.
For those who have faith,
they never have doubts with Allah.
For those who have faith,
they share their faith with others.

In hopes,
people will be able to stay strong and keep on believing.
In hopes,
they will find the meaning of infinite peace and serenity of life.

Just remember,
as much as Allah has scripted out our life, we can change it.
Life needs some alterations as the time passes by.
Edit, alter, and add up words
to your life’s script according to Allah’s guidance.
InsyaAllah, your life may win
the Grammy Award in Heaven.

“ Allah has His own ways to grant us with love and serenity. “


[‘AmyraRamlan.Scripted-Altered Life]